Sun. Sep 22nd, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Terkini : YB Shuhaimi Shafiei, Adun Sungai Kandis meninggal dunia

2 min read

SUBANG JAYA: YB Shuhaimi Shafiei, ADUN PKR Sungai Kandis meninggal dunia sebentar tadi pada jam 11.05 pagi tadi di Pusat Perubatan Subang Jaya.

suhaimi.PNG
Berita pemergian Allahyarham diberitahu di akaun twitter Dr Afif Bahardin:

“Al Fatihah, sahabat kita YB telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi di Subang Jaya. Muga Allah kurniakan pengakhiran yang baik-baik untuk Allahyarham” – Dr Afif

YB Fahmi Fadzil turut meluahkan takziah:

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Amat sedih mendengar berita pemergian Allahyarham YB Shuhaimi Shafiei. Beliau seorang yg tekun dan penuh dedikasi dlm menjalankan tugas. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan menempatkan roh beliau di kalangan para solehin.”- Fahmi Fadzil

Sementara itu, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh  YB Hj Borhan, merangkap setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, menyatakan Allahyarham pulang ke rahmatullah akibat penyakit kanser limfoma.  Jenazah kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam dijangka selepas solat Asar.

Kenyataan Media

Dengan dukacita dimaklumkan bahawa YB Shuhaimie Shafie, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Kandis dan mantan Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor telah pulang ke Rahmatullah jam 11.10 pagi ini di Pusat Perubatan Subang Jaya akibat penyakit kanser limfoma.

Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sejurus selepas selesai urusan di hospital. Jenazah kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam dijangka selepas solat Asar.

Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Shuhaimie Shafie. Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan di kalangan golongan yang soleh. Al Fatihah

YB Hj Borhan Aman Shah
Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor.

Sehubungan dengan itu, Sungai Kandis akan menyaksikan pilihanraya kecil pertama sejak PRU14. -TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: