Sun. Sep 22nd, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

200 000 orang dijangka dapat kewarganegaraan.

1 min read

PUTRAJAYA: FMT melaporkan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan seramai 200,000 orang dijangka akan mendapat sijil kewarganegaraan membabitkan pelbagai kategori dan kes berbeza.

Muhyiddin berkata, mereka yang memperoleh sijil kewarganegaraan itu dikaji bersandarkan kepada perlembagaan dan kemanusiaan.

“Sebahagian kes ni kes lama sebab mereka lahir disini tapi sebab masalah dokumen atau sebab lain mereka tak ada sijil (kewarganegaraan)..Saya percaya dalam masa seminggu, dua ini kita boleh selesai sebahagian,” – Muhyidin Yasin

Muhyiddin berkata mereka sepatutnya memperoleh sijil kewarganegaraan kerana sudah lama menetap di sini.

“Memang sepatutnya dapat kewarganegaraan tapi sebab tak dapat sempurnakan beberapa perkara dalam Perlembagaan sebab itu ada isu tertangguguh,” Muhyidin Yasin

Sementara itu, pengkritik mempersoalkan kenapa perkara ini melibatkan sejumlah pemohon yang sebegitu ramai dan gusar mereka akan mempengaruhi pola pengundian pada PRU akan datang. -TTKM-

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: