BATU CAVES, 4 Julai: Semalam FB Page TTKM berkongsikan satu hantaran oleh seorang lelaki bernama Sufie Naeif, meminta bantuan supaya menularkan status bayi beliau yang didapati hilang dari rumah pengasuh yang mendapat perkongsian netizen 70k. Bayi lelaki berusia tiga bulan itu pada mulanya didakwa dilarikan individu tidak dikenali.
Tangkap layar status FB bapa mangsa, Sufie Naeif
Ya Allah. Bantulah aku Ya Allah. Tolong viralkan. Anak saya hilang dari rumah pengasuh Taman Nakhoda Batu Cave. Hilang Jam 6.30ptg. – Sufie Naeif
Walau bagaimanapun, pada jam 11 malam tadi, Berita Harian melaporkan berita yang amat menyedihkan.
POLIS melakukan pemeriksaan di rumah pengasuh bayi berkenaan. FOTO NSTP
Mayat Adam Rayqal disorokkan dalam peti ais.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat Adam Rayqal ditemui disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu.
Katanya, mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain napkin serta disumbat dalam beg berwarna hijau di temui oleh sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.
“Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan. Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” – Asisten Komisioner Ali Ahmad
Ali berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, pihaknya sudah menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun. -TTKM-
Leave a Reply