DAP PERAK JGN HINA PIMPINAN MUDA !!

Oleh : Zaihan Zainal

(Baca laporan TTKM sebelum ini : https://ttkm.com.my/2018/07/03/ph-perak-bergolak-kemelut-speaker-calon-pkr-siti-aisyah-tarik-diri-kerana-tekanan-dap/)

 

This slideshow requires JavaScript.

DAP PERAK JGN HINA PIMPINAN MUDA !!

Sdr Siti Aishah Shaik Ismail merupakan wakil yg dipersetujui Parti Keadilan Rakyat untuk menggalas jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Negeri Perak menjelang sidang DUN dalam masa terdekat.

Tetapi, DAP Perak melalui pimpinan sepupu-pupu iaitu Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham seolah-olah tidak mahu bertolak ansur dan toleransi dalam perkongsian kuasa di negeri Perak.

Memandangkan DAP telah diberi 5 jawatan EXCO kerajaan negeri Perak, maka amatlah wajar memberikan peluang dan ruang buat Keadilan untuk memimpin perjalanan dewan yg mulia.
Dan beliau merupakan calon terbaik daripada Keadilan adalah calon muda yang sangat vokal. Pengalaman sebagai YB Senator penggal yang lepas sangat lah bermakna.

Sdri Siti Aishah telah berjaya menukarkan persepsi bahawa Dewan Negara (Senator) sebagai hanya tempat “rubber stamp”.

Tetapi, beliau mencoraknya dengan perbahasan yang baik dan vokal.

Sehingga menyebabkan anggota-anggota Dewan Negera lain serta Menteri kena buat kerja rumah sebelum menjawab soalan-soalan Siti Aishah.

Selain seorang yang dipercayai rakan pimpinan sesama PH, Siti Aishah juga dihormati pimpinan UMNO dan BN sebelum ini.

Sehinggakan YB Dato Halimah Sadique, mantan Timbalan Menteri turut mengkagumi prestasi Siti Aishah semasa berbahas di Dewan Negara pada sesi lepas.

Sdri Siti Aishah yang juga Ketua Srikandi Keadilan wajar diberikan peluang untuk menggalas tanggungjawab ini.

Mengikuti kronologi dalam tulis Sdri Siti Aishah Shaik Ismail dalam ‘posting’ beliau di dinding (wall) FB beliau, saya berpendapat bahawa DAP Perak melalui pimpinan sepupu Ngar dan Ngeh sangat tidak bertoleransi.

Apakah ini yang pimpinan DAP mahukan?

Apakah ini gagasan Malaysian Malaysia yang selama ini DAP cuba bawa?

Mentang-mentang kerusi mereka lebih dalam berkongsi kuasa. Mereka mahu menentukan segalanya!!

Untuk makluman Sdr Siti Aishah merupakan salah seorang Alumni Sekolah Politik (#sekpol). Melalui Sekolah Politik, kami diajar tentang segalanya mengenai falsafah politik kuno dan moden, kami diajar mengenai falsafah Islam dan Orientalis (Cina).
Kami dilatih untuk menjadi politikus yang berkualiti, ampuh dan berpegang pada prinsip.

Justeru, selaku Presiden, Alumni Sekolah Politik saya mendesak agar kepimpinan Pakatan Harapan (PH) menyokong Sdri Siti Aishah Shaik Ismail sebagai satu-satunya calon Yang Dipertua Dewan Negeri.

Sekian,
Sapare Aude.

Sumber 

Zaihan Zainal
Presiden
Alumni Sekpol

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.