
Kuala Lumpur, 3 Julai : Berita penangkapan bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak atau lebih dikenali sebagai Jibby mendapat reaksi pelbagai masyarakat di Twitter.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berharap pihak berkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi layanan baik kepada bekas Perdana Menteri itu.
Melalui tweetnya, Rafizi yang kuat mengkritik kepincangan pentadbiran Najib sebelum ini berdoa agar maruah dan air muka Jibby dijaga sepanjang proses penahanan ini.
“Berita tersebar Najib Razak ditahan SPRM Malaysia . Saya antara orang yg banyak kritik beliau. Tetapi saya berdoa beliau dilayan baik sebagai seorang bekas PM, dijaga maruah dan air muka. Saya berdoa beliau dan keluarga diberi keadilan sebaik-baiknya. Itulah perjuangan reformasi.” – Rafizi Ramli
Manakala, Latheefa Koya, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, menaikkan tweet berikut, yang kemungkinan besar ditujukan kepada Rafizi, untuk memerli beliau:
“Saya mungkin seorang hipokrit jika saya menafikan saya tidak gembira akhirnya tindakan diambil terhadap Najib. Saya mungkin akan jadi hipokrit lebih besar sekiranya saya berkata akan berdoa untuk Najib. Cukuplah dengan drama” – Latheefa Koya.
Walaubagaimanapun, hasil carian TTKM mendapati “itulah perjuangan reformasi” seperti yang dikatakan oleh Rafizi adalah seperti berikut :
“Perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia paling lama berkhidmat, Mahathir Mohamad dan Menamatkan Mahathirisme.”
-TTKM-
Leave a Reply