PUTRAJAYA: Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) memutuskan untuk mengekalkan Biro Tatanegara (BTN) yang sebelum ini sering dikritik atas dakwaan menjadi propaganda Barisan Nasional, demikian dilaporkan oleh Malaysiakini.
Menurut surat bertarikh 26 Jun yang ditandatangani Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, BTN merupakan antara 26 jabatan yang kekal bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam rasionalisasi strukturnya.
Ia diluluskan selepas perbincangan antara Ali dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun tidak pasti sama ada peranan dan fungsi jabatan itu akan ditukar atau tidak.
Pada 28 Mei lalu, kerajaan dilaporkan akan mengkaji cadangan memansuhkan Biro Tatanegara (BTN) yang dikemukakan beberapa pihak sebelum ini. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ini kerana kerajaan mendapati BTN dan beberapa organisasi lain ditubuhkan untuk kepentingan Barisan Nasional (BN).
“Banyak badan-badan kita dapati ditubuhkan bukan untuk kerajaan tapi untuk BN tetapi menggunakan wang kerajaan untuk membayar gaji,”– Tun Dr Mahathir.
Pada perkembangan yang lain, anggota Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad turut mencadangkan supaya BTN ditutup kerana berpendapat ia ‘sangat memihak dan bersifat toksik terhadap perpaduan sejati negara’ dan masih beroperasi dalam ‘kerangka Perang Dingin’ sedangkan dunia sudah berubah.
Cadangan itu turut disokong Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dilaporkan berkata biro itu dilihat sudah lari daripada landasan sebenar penubuhannya.
Menurut manifesto Pakatan Harapan yang dikeluarkan ketika kempen PRU 14, janji no 28 dengan jelas menyatakan akan “membubarkan Biro Tatanegara yang selama ini giat menjadi agen politik murahan UMNO” -TTKM- .
Semenjak menubuhkan kerajaan, Pakatan Harapan beberapa kali melakukan keputusan yang bercanggah dengan janji mereka sehinggakan diberi jolokan Pakat-U-Turn Harapan oleh netizen.
Sementara itu, penyokong penjilat kerajaan atau lebih popular dengan nama JiKera masih berpegang dengan pendapat mereka “takkan hari ini kahwin, esok sudah beranak“, sambil berpuas hati dengan harga tomato yang kini turun. -TTKM-