Senarai kabinet, PKR dan DAP kena ‘game’ dengan Tun?

Kuala Lumpur :  Parti paling banyak kerusi di dalam Pakatan Harapan, PKR dan DAP mendapat kurang perwakilan dalam kabinet Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat sumpah semalam, menurut laporan Malaysiakini.

Jika dicampurkan jumlah kerusi kedua-dua parti tersebut, ia mewakili 73.6% perwakilan kerusi kerajaan, tetapi hanya mendapat 50% jawatan dalam kabinet sahaja.

 

Manakala, Bersatu, Amanah pula mendapat perwakilan berlebihan dalam kabinet dan di kalangan menteri.

Bersatu – 13 ahli parlimen : 12 ahli kabinet/timbalan menteri

Amanah – 11 ahli parlimen : 10 ahli kabinet/ timbalan menteri.

Untuk Warisan pula, 5 dari 8 ahli parlimennya adalah ahli kabinet atau timbalan menteri.

This slideshow requires JavaScript.

Berikut pula merupakan perbandingan peratusan bilangan ahli parlimen berbanding kabinet.

mp
Grafik dari Malaysiakini

Semalam, Pemuda DAP mengkritik Tun kerana membuat perlantikan menteri yang tidak mewakilkan jumlah kerusi yang dimenangi parti. DAP mendapat kerusi kedua terbanyak di dalam PH selepas PKR .   Wong juga mendakwa Tun tidak mengikut saranan ahli parlimen DAP yang dicadangkan oleh DAP  yang merujuk kepada Nga Kor Ming (digugurkan Tun)  dan Chong Chin Jien (sekadar dilantik timbalan menteri).

“Tindakan Perdana Menteri adalah tidak berpatutan lantaran pengaturan senarai kabinet tersebut tidak mengikuti bilangan kerusi yang dimenangi oleh sesebuah parti untuk mengilustrasikan hasrat rakyat..malah keputusan sedemikian juga tidak menghormati cadangan pimpinan parti seperjuangan” –Wong Kah Woh

rafizi-jelir
“Mahathir ini, rekodnya lidah bercabang” – Rafizi Ramli

Sebelum ini, Rafizi Ramli mengkritik Tun kerana membuat keputusan melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, dan Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan, tanpa berbincang dengan PKR, parti paling banyak kerusi dalam Pakatan Harapan. -TTKM-

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.