
PUTRAJAYA, 3 Julai: Lebih kurang 50 penyokong Najib menghadiri program solidariti untuk Najib yang ditahan SPRM petang tadi, di luar pejabat SPRM, di sini.
Mereka melaungkan “Bebas Najib”, “Hidup Najib”, “Tangkap Mahathir”, “Lawan, Lawan, Mahazalim” sambil bertakbir.
Himpunan tersebut yang diketuai oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Nor Adam, turut dilihat memberikan ucapan mempersoalkan kuasa “Pasukan Petugas Khas 1MDB” yang menahan Najib, dimana menurut beliau sepatutnya dilakukan oleh SPRM
“Siapa yang memberikan kuasa untuk menahan Najib kepada Pasukan Petugas Khas 1MDB? Bukankah ini sepatutnya tugas SPRM? Di manakah Majlis Peguam, Suhakam dan aktivis-aktivis lain? Kedaulatan undang-undang telah bertukar kepada undang-undang rimba. Najib bekerjasama dengan SPRM. kenapa beliau perlu ditangkap? Apakah tujuannya? Ini bertujuan untuk melemahkan semangat beliau.. untuk membuat beliau menyerah kalah. Tetapi Najib tetap kuat. ” – Lokman Nor Adam.
Petang tadi, “Pasukan Petugas Khas 1MDB” mengeluarkan kenyataan menahan Najib. untuk didakwa berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd.
Majlis Peguam terkejut
Sementara itu, Malaysiakini melaporkan Majlis Peguam terkejut dengan kenyataan tersebut dan mempersoalkan kuasa yang ada pada Pasukan Petugas Khas 1MDB.

“Majlis Peguam terkejut dan terganggu dengan kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini oleh Petugas Khas 1MDB mengumumkan Najib ditahan pada jam 2.35pm berhubung dengan SRC International Sdn Bhd, dan bekas perdana menteri itu akan didakwa di mahkamah esok pada jam 8.30 pagi.
Petugas khas ini tiada kuasa undang-undang untuk menahan Najib. Sebarang penahanan hanya boleh dilakukan oleh SPRM atau polis
Petugas Khas ini juga tiada kedudukan untuk menentukan sama ada Najib akan didakwa atau tidak, atau bila beliau akan didakwa.” – Presiden Majlis Peguam, George Varughese
Bernama pula melaporkan Najib dijangka menghadapi lebih 10 pertuduhan berkaitan pecah amanah.
Lapor agensi berita pertuduhan berkenaan akan disebut di depan hakim paling kanan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur iaitu Datuk Zainal Abidin Kamarudin dan kes itu dijangka dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah 1 Kuala Lumpur.
Memetik sumber Bernama melaporkan Peguam Negara Tommy Thomas akan mengetuai pihak pendakwaan esok.
Pada perkembangan berkaitan, penyokong Pakatan Harapan bersorak di media sosial.
“Dulu sembang nak saman WSJ hari selasa, sudahnya kena tangkap hari Selasa. Kwang! Kwang!Kwang!” ujar salah seorang dari mereka.
Manakala penyokong Najib pula menjawab “penangkapan Najib tidak akan membuatkan harga minyak dan kos sara hidup turun pun bro!”- TTKM –
Leave a Reply