May 18, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

TERKINI : Najib ditangkap (Dikemaskini jam 5:09pm)

Malaysia's former prime minister Najib Razak speaks to Reuters during an interview in Langkawi, Malaysia June 19, 2018. REUTERS/Edgar Su

Kuala Lumpur, 3 Julai: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak telah ditahan.

Sumber dari Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia mengesahkan Najib ditahan di rumah beliau di Langgak Duta pada jam 3 petang tadi.

Najib dijangka akan dibawa ke pejabat SPRM di sini dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman esok.

Perkembangan terkini menyusul kemudian.

Kemaskini jam 4:52pm:

Malaysikini pula melaporkan dengan memetik “beberapa sumber polis dan SPRM yang dihubungi “ memberitahu, Najib dibawa dari rumahnya petang tadi ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk soal siasat lanjut.

Manakala Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull berkata “Saya sedang berjumpa dengan ketua polis negara sekarang. Saya akan keluarkan kenyataan media sekejap lagi,” 

Kemaskini jam 5:09pm:

Kenyataan media yang dikeluarkan Pasukan Petugas Khas 1MDB  mengesahkan tangkapan itu dibuat pukul 2.35 petang tadi. Tangkapan itu berhubung skandal SRC International Sdn Bhd. Pasukan Petugas Khas 1MDB turut memaklumkan Najib akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pagi esok. -TTKM-

36634281_1731905430238667_7609306327537418240_n
Kenyataan media yang dikeluarkan Pasukan Petugas Khas 1MDB

-TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: