(Video) Najib siarkan video terakhir di FB, dakwa jadi mangsa dendam politik.

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Bekas Perdana Menteri Najib Razak telah menyiarkan satu video pre-recorded di facebook beliau sebentar tadi pada jam 11 malam. Setakat berita ini ditulis, video tersebut telah dikongsikan sebanyak 5714 kali.

You do not have sufficient freedom levels to view this video. Support free software and upgrade.

 

Dalam video tersebut, Najib meminta maaf di atas kelemahan beliau, tetapi mengatakan segala tuduhan yang dikenakan ke atasnya tidak semuanya betul.

Najib juga berkata akan mempertahankan dirinya di mahkamah dunia dan akhirat, dan menambah tiada sesiapa yang dapat melarikan diri dari perkara tersebut termasuklah penguasa dan mereka yang menyebarkan khabar angin dan aib.

Beliau mengakhiri ucapan tersebut dengan mengatakan ujian di dunia akan beliau hadapi dengan tabah, malah menambah ujian di akhirat jauh lebih perit.

Video dalam durasi 2 minit 21 saat ini diiringi dengan muzik berirama sedih dan menusuk kalbu.-TTKM-

 

 

 

 

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: