“Bila Peguam Negara tidak tahu cakap BM,.. Bukan pelik sikit sikit. Banyak! ” – Ronasina

Oleh:  Ronasina
1. Sewaktu aku dengan Sham sampai di kota Paris dan terbangak-bangak nak memahami tren, rupanya kami diperhatikan Mohsein, warga Bangladesh yang sudah berbelas tahun tinggal di situ. Mohsein menunjukkan jalan kepada kami dengan bahasa kebangsaan Malaysia. Walaupun sudah lebih dua puluh tahun meninggalkan Malaysia, Mohsein masih boleh buat kami faham penerangannya yang lebih pekat loghat Kedah sebab lama di Kedah.

2 Kalau anda ke food court tingkat 7 (atau 8 Kenanga Mall) ada gerai jual minuman. Seorang wanita Myanmar yang bekerja di gerai itu menarik perhatian aku sebab mampu berurusniaga dengan bahasa kebangsaan Malaysia.

Maksudnya, disebabkan ikhtiar hidup (survival) kita akan cuba sedaya upaya membiasakan diri di tempat kita bekerja.

3 Bila warganegara sendiri yang berjawatan Peguam Negara tidak tahu berbahasa kebangsaan berbanding dua warga asing tadi… peliklah juga. Bukan pelik sikit sikit. Banyak!

4  Bila DAP Perak tolak calon speaker Dun Perak atas alasan tidak fasih berbahasa Inggeris, dan mahukan calon di kalangan mereka yang (kononnya) boleh berbahasa Inggeris tetapi bahasa kebangsaan agak ke laut, lagilah lapan ribu kali punya pelik.

Bak kata orang Bentong, ‘mende bangkeinye?’

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.