Boleh guna Bahasa Inggeris? – Tommy Thomas.

PUTRAJAYA, 4 Julai : Peguam Negara, Tommy Thomas telah memohon supaya perbicaraan kes korupsi Datuk Seri Najib Razak dijalankan menggunakan Bahasa Inggeris.

TommyThomas 060618.jpg
Gambar Tommy Thomas tersengih, dari The Star

Menurut laporan The Star, Tommy yang bertindak sebagai pendakwaraya awam, telah membuat permohonan tersebut kepada Hakim, Zainal Abidin di Mahkamah Sesyen setelah dakwaan dibacakan dalam Bahasa Melayu.

Insiden ini mengesahkan khabar angin sebelum ini yang mengkritik pemilihan Tommy Thomas sebagai peguam negara kerana penguasaan Bahasa Melayu beliau yang lemah.

Sidang akhbar Tommy Thomas dibatalkan.

Sementara itu, berlaku kekecohan pada sidang akhbar Tommy Thomas di lobi mahkamah kerana beliau didakwa menggunakan bahasa Inggeris.

“Guna bahasa melayulah!” jerit orang ramai.

“Duduk Malaysia, tapi tak tahu cakap bahasa Malaysia u baliklah!” kata seorang lelaki.

Kekecohan yang berlarutan itu menyebabkan Tommy Thomas terpaksa membatalkan sidang akhbar beliau.

Tindakan Tommy Thomas ini walau bagaimanapun diperli oleh netizen :

“Nasib baik Lim Guan Eng bukan Pendakwa Raya. Kalau tidak prosiding mungkin dijalankan dalam bahasa Mandarin.” – Shamsher Singh Thind

-TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version