KECOH! Sidang akhbar AG dibatalkan kena ‘gate crash’, Elly Suriaty diescort polis. Penyokong Najib minta guna BM.

Kuala Lumpur : Sidang akhbar yang dijadualkan dilakukan oleh Peguam negara, Tommy Thomas di lobi mahkamah dibatalkan kerana digate crash oleh penyokong Najib yang meminta beliau menggunakan Bahasa Melayu.

The Malay Mail melaporkan kumpulan penyokong Najib mula melaungkan slogan mengkritik Thomas oleh kerana beliau  menggunakan Bahasa Inggeris dalam prosiding mahkamah sebelum itu.

Antara laungan yang didengari adalah:

“Guna Bahasa Malaysialah! ” Allahuakbar!”

“Duduk Malaysia, tapi Bahasa Malaysia pun tak boleh cakap, U baliklah!” 

“Berambus!Berambus”

“Melayu!Melayu!”

 
Thomas berdiri dan senyum ketika beliau menunggu kemarahan reda, tetapi akhirnya beliau berlalu pergi apabila laungan penyokong Najib menjadi semakin kuat dan tidak terkawal.

 

Pelakon Ellie Suriaty kelihatan dibawa pergi oleh polis – Gambar Mukhriz Hazim,  Malay Mail.
Pelakon, Ellie Suriaty Omar, yang dipercayai memulakan laungan dan jeritan dibawa oleh polis dalam usaha mengawal kumpulan penyokong Najib  yang menjadi semakin agresif.

Tommy Thomas dilantik sebagai peguam negara yang baru setelah Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional. Pemilihan beliau dikritik sesetengah pihak kerana penguasaan Bahasa Melayu beliau yang lemah. – TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version