Najib didakwa 4 pertuduhan. 7 peguam bela, 12 pendakwa.

PUTRAJAYA:  Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahguna jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

a3b8629a284e2819a2f2a6086dc43a27.jpeg
Gambar Malaysiakini

Beliau tiba di perkangan Mahkamah pada jam 8:20 pagi dan dilihat memakai blazer berwarna biru.

Kira-kira 50 penyokong Najib melaungkan “Hidup Najib” ” Bebas Najib” dan laungan takbir “Allahuakbar”.

“Sini mahkamah bukan karaoke!” Polis.

Sebelum itu, Tun Faisal Ismail Aziz yang mengetuai himpunan solidariti terhadap Najib berbalah dengan seorang anggota polis apabila beliau mengajak penyokong Najib untuk menyanyikan lagu “Allah Selamatkan kamu”, lagu yang biasa dinyanyikan ketika majlis harijadi.

“Ini bukan karaoke, ini mahkamah!” marah seorang pegawai polis tersebut.

36538046_942124479292887_8731178229366259712_o.jpg
Penyokong Najib, Gambar dari facebook. 

Tun Faisal membantah dengan mengatakan “Sini bukan mahkamah, mahkamah di dalam, ini di luar perkarangan Mahkamah!”

Berikut merupakan 4 pertuduhan yang dibacakan:

 

Pertuduhan pertama – Najib didakwa sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Advisor Emeritus SRC International Sdn Bhd (SRC) dan dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta.

Pertuduhan kedua –  Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta di tempat dan tarikh sama.

Pertuduhan ketiga – Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang berjumlah RM10 juta di tempat sama antara 10 Feb 2015 dan 2 Mac 2015, mengikut seksyen sama.

Pertuduhan keempat – Najib didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, telah menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila dia mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn Bhd.

Pasukan pendakwa dan pembela

Menurut laporan Harian Metro, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal diwakili  barisan tujuh peguam bela yang diketuai oleh peguam kanan, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah.

Manakala pasukan pendakwaan yang agak besar seramai 12 orang diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas, akan dibantu oleh 11 Timbalan Pendakwa Raya dalam prosiding pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur, pagi ini.

12 Pasukan pendakwaan terdiri daripada : 

1. Tommy Thomas
2. Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria
3. Manoj Kurup
4. Datuk Shuhaimi Ibrahim
5. Datuk Umar Saifuddin Jaafar
6. Datuk Ishak Mohd Yusof
7. Donald Joseph Franklin
8. Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi
9. Budiman Lutfi Mohamed
10. Sulaiman Kho Kheng Fuei
11. Mohd Ashrof Adrin Kamarul
12. Muhammad Izzat Fauzan

Pasukan peguam bela Najib terdiri daripada: 

 

1. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
2. Harvinderjit Singh
3. Datuk Raj Krishnan
4. Farhan Read
5. Rahmat Hazlan
6. Muhamad Farhan Muhamad Shafee
7. Syahirah Hanapiah

Perbandingan dengan kes Anwar, Pasukan pendakwa sangat besar.

Untuk perbandingan, pasukan pendakwaan untuk kes Najib ini adalah 6 kali ganda besar dari kes Liwat Anwar pada 2014 dulu. Ketika itu, pendakwa cuma terdiri dari dua orang iaitu Shafee dan Hanafiah.

Manakala pasukan pembela untuk kes najib ini adalah separuh dari bilangan peguam pembela kes Anwar.

Dulu geng, sekarang seteru. 

Menarik diperhatikan Shafee dan Hanafiah dulu merupakan satu pasukan pendakwa dalam kes Anwar,tetapi  kini Shafee adalah ketua pembela kes Najib, dan Hanafiah pula merupakan salah seorang dari pasukan pendakwa. -TTKM-

jibbb
Pasukan pendakwa dan pembela Kes Anwar

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.