Tak pandai cakap BM: Dr Asri perli Tommy Thomas, netizen berang.

Arau: Mufti Perlis,  Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menaikkan hantaran di facebook beliau memerli penguasaan Bahasa Malaysia Peguam Negara Tommy Thomas.

Tulis Dr Asri :

“Peguam Negara UK tidak dapat berbahasa Inggeris. Tentu pelik. Peguam Negara China tidak boleh berbahasa Cina. Pasti pelik. Peguam Negara Arab tidak boleh berbahasa Arab. Ternyata pelik. Peguam India tidak boleh berbahasa India. Jelas pelik. Peguam Negara Malaysia tidak dapat berbahasa rasmi Negara Malaysia. Memanglah pelik.” – Dr Asri

maza.PNG

Status yang tular itu setakat ini mendapat 1561 perkongsian di facebook.

Terdahulu, selepas pertuduhan kes korupsi dan pecah amanah dibacakan kepada bekas perdana menteri, Najib Razak, Peguam Negara, Tommy Thomas yang juga mengetuai pasukan pendakwaan dijadualkan membuat sidang akhbar.

TommyThomas 060618
Tommy Thomas tersengih. Gambar dari The Star.

 

Walau bagaimanapun, sidang akhbar tersebut terpaksa dibatalkan oleh kerana Tommy Thomas dikatakan tidak dapat menunaikan tuntutan penyokong Najib yang mahukan sidang akhbar tersebut dibuat dalam Bahasa Malaysia sehingga berlaku kekecohan. Ini adalah rentetan dari permintaan Tommy kepada Hakim yang mahu prosiding dijalankan dalam Bahasa Inggeris.

Sementara itu, di media sosial, ketidak bolehan Tommy Thomas melakukan sidang akhbar dalam Bahasa Melayu mendapat reaksi pelbagai, tetapi rata-ratanya mengkritik beliau.

Helmy Alias:  Seteruk2 BM sammy vellu.. Dia cuba juga berbahasa kebangsaan.

Dawson Yeang Wei Theng Kalo AG nak buat PC pakai bahasa Inggeris untuk memudahkan media asing..boleh..Tapi berbahasa Melayu dahulu barulah teruskan dengan English..kalau Amar Singh boleh dwibahasa kenapa AG tak boleh?

Zamri Hamzah Malunya peguam negara tak tahu bahasa malaysia. Bahasa malaysia antara bahasa paling senang nak fahami didunia sebab guna tulisan rumi. Kalau ada kes berat kat negara jepun orang jepun guna bahasa jepun je. Pandai2 la wartawan luar cari translate.

JD Joe Yang acah² orang london orang amareka tu cuba tengok Pengarah CCID punya press conference..ayat dia simple je..”seperti biasa saya akan beri kenyataan dalam Bahasa Malaysia dahulu diikuti Bahasa Inggeris, ok?”
Ni Bahasa Malaysia pun tak reti cakap **** ape jadi Peguam Negara?

Nur Iman Elok juga buat camtu. Biar dia n Tun M sedar sikit. Patut letak jawatan sbb malu. Tun M kena ingat ni zaman media sosial. Dia x boleh bodoh2kan rakyat lg.

Affandy Law Double standard la korg ni. Kat rumah anak dipaksa cakap english. Papa mama baby behave, dont touch2 dont jump2. Skrg paksa pula org bukan MELAYU berbahasa melayu… Ingat malaysia ni melayu punya kah

Pol Pil bangla setahun mari mesia bole je cakap melayu..ni hidup separuh abad..xbole berbahasa melayu.

Ahmad Amzar Mat salleh pure mcm mat dan & Rhys william pun boleh sembang dlm BM kot. Org Jepun pun ad yg pandai ckp BM. Shame on you AG.

-TTKM-

 

 

1 Trackback / Pingback

  1. "Belajar Bahasa Melayu!" – Rais Yatim tegur AG Tommy Thomas | TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.