ECRL : MRL Sdn Bhd arah CCCC gantung semua kerja. 2,250 pekerja tempatan bakal terkesan.

KUALA LUMPUR:  Mengejutkan. Selepas dua minggu berita mengenai Vincent Tan melepaskan kepentingan beliau dalam syarikat T7 Global Sdn Bh ,  dan dua hari selepas menteri kewangan Lim Guan Eng mengatakan kos ECRL meningkat kepada RM80 billion, tiba-tiba sahaja Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), pemilik projek ECRL, mengarahkan CCCC supaya semua kerja membabitkan ECRL digantung berkuat kuasa serta merta.

China Communications Construction Ltd (CCCC), kontraktor utama projek mega itu  menyatakan kekesalan mereka terhadap arahan tersebut melalui satu kenyataan seperti dilaporkan Berita Harian.

“Adalah dikesali kerana penggantungan berlaku di tahap ini, memandangkan kerja-kerja utama telah berjalan dengan baik, Kontrak ini dimeterai oleh CCCC dan MRL melalui proses undang-undang. Kami berharap MRL menghormati kontrak yang ditandatangani,” CCCC

 

Tambah kenyataan itu lagi, CCCC berkata ia menghormati dan mematuhi undang-undang negara ini dan tidak mempunyai pilihan lain selain mematuhi arahan penggantungan selain kecewa dan bimbang mengenai nasib kakitangan tempatan, subkontraktor dan firma perundingan.

“Walaupun tempoh penggantungan itu tidak dinyatakan, kami mengambil maklum mengenai kos tambahan, kerugian dan ganti rugi yang timbul daripada penggantungan itu. Kami kecewa dan bimbang mengenai nasib 2,250 kakitangan tempatan, serta beratus subkontraktor, pembekal dan firma perundingan.”CCCC

Syarikat itu juga berharap supaya arahan penggantungan itu ditarik untuk manfaat semua.

“Kami juga berharap penggantungan itu akan ditarik segera bagi manfaat semua pihak,”  – CCCC

Sementara itu, jurucakap MRL berkata, arahan itu termasuk semua kerja berkaitan kejuruteraan, perolehan dan pembiayaan.

“Ya, projek itu digantung serta-merta sehingga diberitahu kelak. Namun, penggantungan itu tidak bermakna projek itu dihentikan.Hanya kerja-kerja pembinaan digantung bagi membolehkan rundingan semula mengenai jajaran, bahan binaan, stesen dan sebagainya dilakukan termasuk perbincangan semula mengenai terma dan syarat dengan pihak China” – Jurucakap MRL

Arahan itu susulan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, bahawa kos sebenar projek ECRL sepanjang 688.3 kilometer (km) membabitkan perbelanjaan RM81 bilion dan ia perlu dikurangkan secara signifikan supaya berdaya maju dari segi kewangan.

Sementara itu, Business Times melaporkan Lim Guan Eng berkata beliau akan melawat China dalam waktu terdekat untuk berunding kembali terma-terma perjanjian.

Tangkap Layar dari laman Web Business Times

Sebelum ini, kerajaan Pakatan Harapan telah melakukan beberapa U-Turn dalam projek ini sehinggakan diberi jolokan sebagai Pakat-U-Turn Harapan.

Berikut merupakan kenyataan penuh syarikat CCCC yang berpangkalan di China itu, dikeluarkan dalam bahasa Melayu- TTKM –



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version