Kenapa penguasaan BM rakyat kita lemah?

Oleh Editorial TTKM

Beberapa tahun lepas, ada seorang pelajar berbangsa cina dari Indonesia, DY, melakukan intern di pejabat saya bekerja, satu syarikat swasta.

Budaknya rajin, cepat tangkap apa sahaja yang saya ajarkan.
Tidak sampai sebulan saya ajar, dia sudah pandai menggunakan perisian 3D Studio Max.

Apa yang saya ingin ceritakan adalah mengenai suatu perkara yang agak mengganggu beliau. Penguasaan bahasa Melayu yang sangat teruk di kalangan pekerja di tempat saya bekerja. Perkara ini berlaku satu ketika sebelum makan tengah hari, sewaktu rakan lain mengajak saya makan bersama mereka

“Bro horrr, lu tatak mau makan ka? Jom lah, sikali makan?” ajak seorang rakan pejabat.

Saya menggelengkan kepala sambil menuding jari saya ke arah monitor lalu berkata ;
“Ni nak set render dulu, baru pergi makan. U guys pergi dulu la” jawab saya.

Saya memandang ke sebelah kiri saya, DY mengerutkan dahi. Dia menunduk supaya kepalanya dilindungi penghadang di meja kerja, lalu berbisik..

“Waduh bang, kenapa jelik bangat bahasa Malaysia pekerja di sini?”

Saya tersenyum. Lalu saya ceritakan panjang lebar perihal sejarahnya.

“Begini Dy, .. di Malaysia, sektor swasta memang menggunakan bahasa Inggeris. Manakala bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kedua. Di Malaysia juga sistem pendidikannya berbeza, ada sekolah beraliran kebangsaan mengikut kaum, ini memisahkan anak-anak sewaktu kecil, jadi asimilasi terbatas. Bila sudah meningkat dewasa, pergaulan dengan mereka yang berbangsa lain, baru hendak bermula. Jadi mereka merangkaklah bila mahu bertutur dalam Bahasa Melayu. Okaylah tu, sekurang-kurangnya mereka boleh juga bertutur dan cuba.”

DY mengangguk ” Oh.. ya ya!”

“Ini berbeza dengan Indonesia, kamu dulu ada sumpah pemuda, kamu berjanji dengan darah untuk laksanakan tiga perkara, yang terakhir sekali tu, “menjunjung bahasa persatuan, bahasa Indonesia”. Di sini tiada sumpah begitu. Yang ada cuma wakil rakyat sesumpah! Eh, pasal sumpah pemuda itu, kamu tak tahu?’

“Udah lama donk! Sudah lupa! Saya tahu pasal games saja! HAHA. Jadi bagaimana di Malaysia ini? Sampei bila mereka ini mahu berbahasa jelik begini?” tanya DY.

“Entahlah. Tiada siapa berani rombak sistem pendidikan.” Jawab saya.

 

7-sumpah-pemuda-kepada-pemudi-yang-susah-dipertanggung-jawabkan-1477642275

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: