Mat Sabu terkantoi program live RTM- tak tahu LIMA diadakan dwi tahunan

Angkasapuri: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu memalukan diri sendiri apabila menyatakan dengan yakin bahwa Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) diadakan setiap tahun.

Beliau berkata demikian apabila ditanya oleh hos rancangan Bicara Khas, Syed Munawar dalam satu program secara langsung disiarkan RTM, kelmarin.

lima.PNG
Hos, Syed Munawar. Ehsan RTM

“LIMA misalnya yang akan diadakan pada tahun hadapan, kerana ia dianjurkan secara dwi-tahunan, mungkin kita boleh kongsikan sedikit mengenai LIMA pada tahun hadapan?” – Syed Munawar, Hos Bicara Khas.

Walaupun dengan jelas hos menyatakan ia dwi-tahunan, kelihatan sedikit merangkak-rangkak untuk  menjawab soalan tersebut, Mat Sabu kemudian  meneliti teks yang diletakkan di meja lalu menjawab :

lima2.PNG

“LIMA…. LIMA adalah satu… usaha yang dianjurkan oleh kerajaan sejak 1991. Ianya berjalan setiap tahun. Untuk tahun ini, ia diadakan pada bulan Mac tahun depan…”  – Mat Sabu.

Jawapan Mat Sabu ini menjadi bahan jenaka di media sosial:

This slideshow requires JavaScript.

Untuk rekod, Mat Sabu yang berkelulusan kulinari, dipilih oleh Tun Mahathir sebagai menteri pertahanan. Pemilihan ini dibuat tanpa perbincangan dengan komponen Pakatan Harapan, PKR, yang memiliki paling banyak kerusi. PKR melalui Rafizi Ramli membantah pemilihan ini sementara itu ia menjadi bahan troll di media sosial.

Ketika kempen PRU, Mat Sabu menunjukkan skil kulinari beliau dengan memasak sendiri hidangan untuk Dr Mahathir yang datang berkunjung ke rumah beliau.

22007957_1681348871884671_441602992806253890_n.jpg
Gambar dari Facebook Mat Sabu.

Sebelum ini,  Mat Sabu menggelar Tun Mahathir sebagai “kepala perompak dan bapak pelingkup negara.” Walau bagaimanapun, setelah menjadi  rakan dalam Pakatan Harapan, Mat Sabu menggelar Tun sebagai negarawan. -TTKM-

Video Bicara Khas ehsan RTM:

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.