“Saya abaikan Bahasa Melayu selama 42 tahun” – AG, Tommy Thomas

Putrajaya: Peguam Negara, Tommy Thomas mengakui beliau sudah mengabaikan penggunaan bahasa Melayuselama 42 tahun. Tommy berkata demikian apabila ditanya oleh wartawan mengenai tahap penguasaan Bahasa Melayu beliau yang menjadi kebimbangan sesetengah pihak.

“Saya perlu memperbaik semula keupayaan Bahasa Melayu. Cuma selama 42 tahun berkhidmat dalam khidmat guaman persendirian, kebanyakan anak guam dan dokumen yang perlu saya teliti bersifat komersial.Saya rasa saya telah mengabaikan bahasa, jadi saya perlu gilap semula, saya berjanji akan menggilapnya” – Tommy Thomas

Semalam, sidang akhbar beliau terpaksa dibatalkan apabila tidak dapat memenuhi tuntutan penyokong Najib supaya sidang akhbar beliau dijalankan dalam Bahasa Melayu. Berlaku kekecohan di mana akhirnya sidang akhbar dilakukan di tempat lain, hanya dihadiri wartawan.

Ketidak upayaan Tommy bertutur dalam Bahasa Melayu menjadi kritikan di media sosial semalam termasuk mufti Perlis, Dr Asri – TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.