Sepandai-pandai Jamal menyorok, akhirnya ‘check-in’ ke Sungai Buloh juga.

KUALA LUMPUR, Julai 5 —  Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos atau lebih dikenal sebagai Jamal Pak Tongkol telah didakwa atas tuduhan melarikan diri dari tahanan polis berikutan ektradisi dari Indonesia awal hari ini. Beliau akan menginap di penjara Sungai Buloh, demikian menurut laporan The Malay Mail.

36611281_943538909151444_7065666675927941120_o.jpg
Gambar Malay Mail.

 

Memakai sweater hitam berjenama Adidas, Jamal tersengih seperti kerang busuk apabila beliau dibawa ke Mahkamah Majistret Sesyen di Ampang, terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik sahaja mendarat.

36739865_943538859151449_3269500642414034944_o.jpg
Gambar Malay Mail

Jamal didakwa diatas seksyen 224 kanun kesiksaan, pertuduhan melarikan diri daripada jagaan pihak polis di Hospital KPJ Ampang Puteri di sini, 25 Mei lalu. Beliau mengaku tidak bersalah.

Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap Jamal atas alasan beliau pernah melarikan diri ke Indonesia dan perbuatannya itu menghina mahkamah.

 

 

Menurut laporan Berita Harian pula , Jamal yang kelihatan sedikit berisi itu sempat mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’ kepada pihak media ketika dalam perjalanan ke bilik mahkamah.

Kena balik batang hidung sendiri.

jamalmd2107.jpg
Gambar Malay Mail.
Replika itu tertulis: “Terima kasih perdana menteri kerana menyediakan MRT dari Kajang ke Sungai Buloh. Mudahlah Kak Wan menziarahi suami Kak Wan di Sungai Buloh.”
Ia dianggap sindiran buat wakil rakyat itu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu dipenjarakan di Sungai Buloh.

Apa yang berlaki siang tadi adalah  Jamal pula yang sebenarnya ‘check-in’ ke Sungai Buloh selepas permohonan jaminan beliau ditolak. Manakala Anwar telah ‘check-out’ bulan lepas.

Di media sosial, berita Jamal masuk Sungai Buloh menjadi bahan jenaka.

This slideshow requires JavaScript.

Komen paling sohorkini  adalah “sabun jatuh, jangan kutip bro!” – TTKM-

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.