BAGAN SERAI: Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tun Det membuat pengakuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menjadi pelindung dan menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini, menggantikan UMNO, lapor Berita Harian.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi PPBM berkata, melalui jawatan Perdana Menteri yang diberikan kepada beliau, pemimpin parti tersebut, perkara itu dapat dijamin.
“Dengan pegangan jawatan yang tinggi ini kita akan dapat mempengaruhi pentadbiran negara kita, kita akan melindungi rakyat keseluruhannya, khususnya orang-orang Melayu yang merasakan mereka tidak begitu selamat dalam negara kita.Bagaimana sekian lama mereka percaya perlindungan yang datangnya daripada parti UMNO saja tetapi saya beri pengakuan bahawa Parti Pribumi (PPBM) ini akan menjadi pelindung mengganti parti UMNO” – Tun Det.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Rumah Terbuka Aidilfitri PPBM 2018 peringkat kebangsaan di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di sini hari ini.
Kenyataan Tun Det ini bercanggah dengan wawancara di antara beliau dan Channel News Asia yang dilakukan beberapa minggu lalu yang mengajak orang muda di Malaysia supaya melupakan mengenai asal-usul kaum mereka, sebaliknya memikirkan mereka adalah rakyat Malaysia tulen.

“Mereka perlu belajar memahami di antara satu sama lain, dan melupakan, perlahan-lahan melupakan asal usul kaum mereka, dan memikirkan dirinya sebagai rakyat Malaysia yang tulen” –Tun Det.
TTKM mendapati Tun Det barangkali sudah terlupa kerana menurut sajak beliau yang dibacakan ketika beliau presiden UMNO 2001 dulu, orang melayu ini sifatnya adalah mudah lupa.
Berikut merupakan teks penuh sajak beliau: – TTKM-
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagiKerana perjuanganmu belum selesai…