KUALA LUMPUR, Julai 7 — Anak Datuk Seri Najib, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib dilihat makan dan minum wain dengan artis jelita Taiwan, Celia Zhang, sehari selepas bapanya didakwa 4 pertuduhan berhubung SRC , lapor portal berita tabloid taiwan, Apple Daily.
Wartawan Apple Daily mengekori rapat pergerakan mereka berdua di Tapei dan mencatatkan dengan terperinci apa yang dilakukan Nazif dan Celia.
“-Nazif makan dan berbual dengan Celia Zhang malam kelmarin di restoran stik berdekatan Taipei 101.
-Menikmati beberapa gelas wain dalam atmosfera yang mengasyikkan selama tiga jam, dua botol wain merah dibuka.
-Pergi urut sebelum menikmati makan malam dan dua jam di bar.
-Menaiki teksi ke hotel Grand Hyat pada 1 am. ”
-Laporan Apple Daily.
Laporan Apple Daily turut disertakan dengan video menunjukkan beberapa footage mereka yang sangat mesra dan tergedik-gedik seperti pinang dibelah dua.

Apabila ditanya mengenai perkara ini, Celia menjawab.
“Kami hanya minum di bar Grand Hyatt, mood (Nazif) tidak berapa baik kerana ahli keluarganya sakit, selepas itu dia naik ke atas ( ke bilik) dan saya pulang” – Celia.
Pada 29 Mac 2018, Nazif menaikkan kenyataan di facebook beliau mengumumkan menarik diri dari arena politik buat sementara.

Setakat ini, Nazif masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung laporan Apple Daily.
Sementara itu, peguam dan aktivis, Siti Kasim tidak setuju
Exposing Najib’s son’s personal life is really below the belt. We must stop this culture on snooping on others on what they do.
Sebelum ini, tular mengenai kes beberapa skandal ahli politik , kerana berita sebegini memang digemari oleh rakyat Malaysia yang suka membawang.
Sebelum PRU14 dulu, gambar intim mirip Mat Sabu dengan seorang wanita yang dikatakan bernama Zaza menjadi tular tetapi Mat Sabu enggan memberikan komen mengenai perkara tesebut.

Beberapa tahun lepas, gambar dan video mirip Zairil dan Dyana yang intim turut tular.

Mereka menafikannya dan mengatakan akan membuat laporan polis. Kesudahan dari itu, tiada laporan polis dilakukan selepas dua tahun, sebaliknya Zairil dan Dyana akhirnya bertunang dan akan berkahwin hujung tahun ini. – TTKM-

– TTKM-
1 Comment