“Hantar Zakir Naik pulang ke India!”- P. Ramasamy, Timb SUA DAP

Pulau Pinang : P. Ramasamy,  Timbalan Ketua Menteri  Pulau Pinang merangkap  Timbalan Setiausaha Agung Kebangsaan DAP mahukan perjanjian ekstadisi di antara Putrajaya dan India berhubung penceramah kontroversi, Zakir Naik, lapor Malaysiakini.

“Jika india sudah melakukan permohonan rasmi untuk ekstradisi (Zakir Naik), maka (Putrajaya) mestilah menghormatinya”- P. Ramasamy

TTKM mendapati India telah pun melakukan permohonan tersebut kepada Putrajaya bulan Januari lalu. Memetik jurucakap Kementerian Luar India, Media India, NDTV melaporkan permohonan ekstradisi itu sedang dipertimbangkan Putrajaya.

“Pada ketika ini, permohohan (ekstradisi) kami adalah dalam pertimbangan pihak Malaysia. Pihak kedutaaan kita di Kuala Lumpur sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia berkenaan  hal ini” – Raveesh Kumar, jurucakap Kementerian Luar India.

Sementara itu, semalam perdana menteri, Tun Dr Mahathir bercakap pada media bahawa Zakir Naik telah pun diberikan status penduduk tetap, maka beliau tidak akan dihantar pulang.

“Selagi dia tidak membuat sebarang masalah, kita tidak akan hantar dia pulang kerana dia ada status penduduk tetap” – Tun Dr Mahathir.

Permintaan P. Ramasamy ini mengulangi permintaan yang dilakukan oleh beliau 2 tahun lepas. Pada April 2016, P Ramasamy meminta Putrajaya supaya menghantar Zakir Naik pulang ke India, sambil menggelar Zakir sebagai ‘setan’, pada satu hantaran di facebook. Hantaran tersebut disunting, dipadamkan setelah mendapat kritikan pelbagai pihak.  (Tidak tahan tekanan, P Ramasamy akhirnya menyatakan kekesalannya menaikkan status tersebut.)

Berikut merupakan terjemahan tulisan beliau :”

“Marilah kita hantar Zakir Naik “setan” keluar dari negara ini! Zakir Naik ‘setan’ berada di negara kita atas jemputan kerajaan negeri Terengganu. Dia adalah pendakwah islam dan evengelist yang tiada apa pun yang dikatakan selain kebencian dan menghina orang bukan islam. Dia sudah diharamkan di Kanada dan UK kerana ucapan kebenciannya. Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan sama ada mereka muslin atau non-muslim mesti buat laporan polis terhadap Zakir Naik dan anaknya. NGO Hindu dan orang India serta individu harus mengetuai laporan polis ini. PSAT (Penang Society for Advancement of Tamils ) akan mengetuai membuat laporan polis esok di Pulau Pinang. Suruh Zakir Naik pulang  ke India supaya dia boleh lakukan dakwahnya di sana” – P. Ramasamy.

13007316_10154006874613592_8800666304775574212_n.jpg
Tangkap layar ‘history’status P. Ramasamy

Pada ketika itu, Mufti Perlis, Dr Asri turut menggesa kerajaan supaya  tidak tunduk dengan desakan parti politik tertentu yang mahukan pendakwah bebas Dr Zakir Naik, dihantar pulang ke India.

“Perkara ini bermula dengan kelompok fanatik agama, diikuti dengan beberapa tokoh parti politik yang mengeluarkan kenyataan mengaitkan Dr Zakir dengan keganasan dan mahu ia dihantar pulang ke India. Mereka perlu buktikan… di mana kenyataan (Dr Zakir) yang menyeru keganasan… ucapan beliau dirakamkan… jadi sila maklumkan di mana ayat menyeru keganasan itu. Ini adalah perkara yang mendukacitakan,” – Dr Asri

-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.