LGBT haram, Malaysiakini tukar tajuk 3 kali.

bottle

Kuala Lumpur, 7 Julai: Portal Malaysiakini menukar tajuk beritanya sebanyak 3 kali apabila dikritik netizen kerana tajuk tersebut tidak menunjukkan konteks sebenar wawancara portal itu dengan Menteri agama yang baru, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

TTKM menangkap layar ketiga-tiga tajuk tersebut.

Tajuk pada 10:31 pagi : LGBT haram, tapi itu antara dia dan Allah.

Tajuk pada 1.05pm : Tertutup atau terbuka, LGBT tetap haram.

Tajuk terakhir yang disunting pada jam 1:39pm pula disertai dengan dot dot dot

Tajuk pada 1:39pm : Tindakan terhadap LGBT jika…

This slideshow requires JavaScript.

Berikut merupakan jawapan penuh Mujahid apabila ditanya mengenai LGBT:

“Perbuatan LGBT haram. Kalau buat sembunyi-sembunyi pun tetap haram tetapi itu antara dia dan Allah. Allah akan membalas di atas perbuatan mereka. Tetapi kalau mereka secara terang-terangan beritahu dan kata seronok dengan perbuatan itu, kita boleh ambil tindakan. Contohnya, minum arak berdosa, haram. Kalau dia minum secara terbuka dan berkata “suka hati aku nak minum” itu jenayah. Kerana mencabar undang-undang.Secara moralnya, itu dia ada dia punya ruang personal. Tetapi jangan memberi galakan di ruang publik sebab ia akan menjadi jenayah. Kalau di ruang personal, tiada siapa, sebagai Muslim tetap bersalah dan berdosa,” – Mujahid

Untuk rekod, portal Malaysiakini sememangnya kerap mengubah tajuk berita mereka apabila mendapat kritikan netizen.

Selepas PRU 14 yang dimenangi Pakatan Harapan, sumber mengatakan langganan Malaysiakini turun merunam menjunam secara mendadak.  Portal tersebut kini bergelut dengan media arus perdana yang  sudahpun melaporkan mengenai Pakatan Harapan yang kini sudah menjadi kerajaan. Bekas pelanggan Malaysiakini mendakwa  melanggan berita Malaysiakini bukan lagi menjadi keperluan kerana mereka boleh membacanya di media arus perdana.

Baru-baru ini, wartawan senior Malaysiakini, Susan Loone mengkritik kerajaan Pakatan Harapan kerana melayan mereka seperti pengemis. – TTKM –

 

bottle

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.