Putrajaya U-Turn lagi : Tiada 30% wanita dalam kabinet

Putrajaya, 7 Julai : Untuk kesekian kali, kerajaan Pakatan Harapan melakukan U-turn, kali ini kabinet yang diumumkan baru-baru ini tidak mencapai sasaran 30% wanita  seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan.

Menurut laporan Malaysiakini, wanita dalam kabinet tersebut cuma membentuk 21.43 peratus anggota kabinet.

menteri wanita.PNG
Grafik oleh Malaysiakini

Buku Harapan muka surat 181  (Iltizam no 5) dengan jelas menyatakan Pakatan Harapan untuk “memastikan sekurang-kurangnya 30%  daripada pembuat dasar di setiap peringkat adalah wanita”

buku.PNG

Ketika kempen PRU 14 lepas, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir atau lebih dikenali dengan Tun Det mengkritik barisan kabinet Najib yang kurang wanita.  Tun Det  turut berjanji Pakatan Harapan akan mencapai sasaran 30% wanita dalam kabinet.

“Wanita sangat berkemampuan sekarang ini dan kami (HARAPAN) bukan sahaja mempertimbangkan (untuk selaras dengan kuota BN) tetapi akan memperuntukkan lebih daripada 30 peratus. Apabila HARAPAN memerintah, akan ramai wanita mendapat peranan dalam pembuatan keputusan. Inilah HARAPAN, kami peduli dengan perjuangan golongan wanita, terutamanya untuk mereka yang berkelayakan,” – Tun Det

TTKM mendapati Tun Det barangkali terlupa kerana beliau sebelum ini memang terkenal dengan sajak beliau yang bertajuk “Melayu Mudah Lupa”.

Selain itu, menurut Rafizi Ramli, Tun Det memang dikenali mempunyai rekod lidah bercabang.

Para golongan penjilat kerajaan, JiKera mempertahankan langkah kerajaan ini dengan mengatakan “takkan hari ini kahwin, esok sudah beranak“.

Manakala golongan anti kerajaan, TiKera mengatakan “kalau setakat geli-geli sahaja, bagaimana nak dapat anak?”

Sejak memenangi pilihanraya pada 9 Mei lepas, kerajaan Pakatan Harapan telah melakukan beberapa U-turn, sehingga menjadi bahan jenaka di media sosial dengan jolokan Pakat-U-Turn Harapan -TTKM –

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.