Syed Saddiq nafi lantik pejuang LGBT sbg pegawai khas, TTKM mendapati sebaliknya.

Kuala Lumpur: Syed Saddiq yang mahu dikenali sebagai Bro Saddiq tetapi lebih popular  dikenali sebagai Sadek Sepakraga menyatakan perlantikan pegawai di Pejabat Menteri Belia dan Sukan hanyalah khabar angin.

“Saya terpanggil untuk memberi penjelasan berhubung dengan khabar khabar angin perlantikan pegawai di Pejabat Menteri Belia dan Sukan. Sehingga kini, tiada satu pun pegawai yang telah dilantik di Pejabat Menteri Belia dan Sukan secara rasmi. Setiausaha Politik, Setiausaha Akhbar, Pegawai Tugas-Tugas Khas juga belum ada. Saya masih lagi dalam proses menemu duga pegawai untuk berkhidmat di Pejabat Menteri Belia dan Sukan. Saya tidak ingin tergesa-gesa dalam perlantikan jawatan kerana saya sedar mengetuai KBS adalah satu tanggungjawab yang besar.” – Syed Saddiq

Sadek Sepakraga mengeluarkan kenyataan tersebut berhubung tular di media sosial apabila  timbul desas desus mengatakan menteri KBS yang baharu dilantik itu melantik pejuang LGBT, Numan Afifi, presiden Kempen Pelangi, kumpulan yang mempromosikan kesetaraan untuk golongan LGBT sebagai pegawai khasnya di kementerian itu. Nama Numan menjadi buah mulut apabila beliau menganjurkan  acara buka puasa ‘Big Gay Iftar’ di Bangsar tahun lalu. 

Sepandai-pandai kau padam di laman web, di cache google ada jua.

Akan tetapi, pencarian nama “Numan Afifi” di google mendapati memang ada  keputusan nama beliau di laman web Kementerian Belia dan Sukan, iaitu di http://www.kbs.gov.my/my/pm-direktori/996-numan-afifi-bin-saadan.html. Walau bagaimanapun, jika diklik pautan tersebut, ternyata pautan tersebut telah dipadamkan.

Google mempunyai teknologi ‘cache’ dimana Google menyimpan maklumat laman web di server mereka untuk memudahkan enjin cariannya melakukan proses pencarian. TTKM mengesahkan bahawa di cache google ternyata terdapat nama Numan Afifi di direktori pegawai khas Menteri Belia dan Sukan.

Pautan cache tersebut ada di sini :

Perbuatan memadamkan nama pegawai setelah dikantoikan netizen bukan pertama kali dilakukan oleh menteri baru kerajaan Pakatan Harapan. TTKM melaporkan sebelum ini, nama pegawai khas Menteri Pendidikan yang berjumlah 11 orang turut dipadamkan dari laman web kementerian tersebut setelah mendapat kritikan pelbagai pihak. -TTKM-

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version