Kuala Lumpur, 8 Julai : Dalam perkembangan yang mengejutkan, peguam dan aktivis kontroversi, Siti Kasim mengkritik perbuatan sesetengah pihak mendedahkan kehidupan peribadi anak Najib.
Menurut beliau, perkara itu adalah satu penghinaan. Siti juga menyeru supaya budaya menjaga tepi kain orang ini dihentikan.
Seorang aktivis yang turut komen di posting Siti Kasim itu, Elaine Cheah turut memberikan pendapat beliau.
“Jika anda merujuk kepada video online dengan selebriti Taiwan, maka ia memang boleh didebatkan. Ini kerana media Taiwan secara tradisinya memang sudah biasa dengan paparazzi. Fokus utama video tersebut bukanlah mengenai anak Najib sebenarnya. Ia adalah mengenai pelakon wanita Taiwan tersebut. Sebagai selebriti, bukanlah menjadi satu penghinaan untuk paparazzi mengekori beliau.
Anak Najib sangat malang di atas produk paparazzi Taiwan ini yang mengekori pelakon wanita Taiwan tersebut. Apa yang perlu beliau lakukan adalah JANGAN keluar dating dengan pelakon wanita Taiwan untuk mengelakkan perhatian. Dan kalau boleh saya tambah, timing ini sangat teruk!” – Elaine Cheh.
Kelmarin, akhbar tabloid Hong Kong, Apple Daily melaporkan dengan terperinci pertemuan di antara Nazif dengan artis jelita Taiwan, Celia Zhang. Perkara itu menjadi tular di Malaysia memandangkan isu berkenaan skandal memang menjadi kegemaran rakyat untuk membawang.
Sebelum ini, turut tular gambar dan video di antara Zairil dan Dyana yang berakhir dengan kedua mereka melangsungkan pertunangan. Ketika itu, penyokong Pakatan mengkritik tindakan menyebarkan gambar dan video tersebut kerana dikatakan itu adalah hak peribadi mereka. -TTKM-