Jangan tunduk dgn tekanan dan setuju pada diskriminasi – Pemuda Sosialis beritahu Syed Saddiq.

KUALA LUMPUR, 8 Julai — Pakatan Harapan tidak seharusnya tunduk pada tekanan dan tidak menerima seseorang hanya kerana orientasi seksualnya, kata sayap pemuda Parti Sosialis Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.Ini merujuk kepada kritikan terhadap perlantikan Numan Afifi oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Syed Saddiq menafikan perlantikan tersebut, manakala TTKM mendapati perlantikan itu memang berlaku. Nama Numan Afifi yang telah dinaikkan di portal kementerian belia dan sukan sebelum itu hanya dipadamkan setelah mendapat kritikan.

 

Kenyataan pemuda PSM yang dikeluarkan oleh Vennusha Priyaa itu turut meminta  menteri Syed Saddiq Abdul Rahman supaya berdiri teguh pada janji PH untuk menjadi inklusif dan tidak mendiskriminasikan, seperti yang digariskan pada janji kelima manifesto mereka.

“Jangan lakukan permainan politik kerana ini menunjukkan PH tiada beza dengan BN, di mana ramai telah hilang kepercayaan. Berprinsiplah dengan keputusan anda. Diskriminasi mesti dihentikan sekarang. Ini cumalah permulaan. Isunya sekarang adalah orientesi seksual. Pada masa depan, jika isu yang melibatkan wanita, jantina, kanak-kanak, adakah anda akan tidak mempedulikannya hanya kerana sesetengah orang memberikan anda waktu yang sukar” – Vennusha Priyaa, Setiausaha Agung Pemuda Sosialis

Berikut merupakan kenyataan penuh, dalam Bahasa Inggeris -TTKM- :

 

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version