
Ipoh, 7 Julai : Ketua Penerangan Keadilan Perak Senator Siti Aishah Shaik Ismail yang berang kerana terpaksa menarik diri dari pencalonan speaker DUN Perak atas tekanan DAP dan juga Amanah, akhirnya bersetuju dilantik menjadi penasihat khas kepada Menteri Besar Perak, lapor Bernama.
“Pelantikan Siti Aishah bukan atas gesaan dan daripada mula lagi kita telah berhasrat meletakkan beliau di satu tempat yang berpengaruh. Saya sendiri telah bercakap dengan beliau (Siti Aishah) secara peribadi dan beliau bersetuju menerima lantikan ini. Beliau sebagai penasihat khas akan berperanan untuk membantu mendekati golongan belia dan muda di negeri Perak,” Ahmad Faizal Azumu, Menteri Besar Perak
Pada 3 Julai lepas, Siti Aisyah menulis dengan panjang lebar di facebook beliau mengkritik tekanan yang diterima dari DAP dan Amanah, yang meminta beliau menarik diri dari jawatan tersebut:
Ngeh terpilih sebagai speaker DUN Perak dengan 31 undi, mengatasi 2 calon lain iaitu bekas timbalan speaker Datuk Nasaruddin Hashim yang dicalonkan Barisan Nasional (25 undi) dan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Misbahul Munir Masduki (3 undi). Pencalonan Ngeh dicadang olh Adun Tebing Tinggi Abdul Aziz Bari (DAP), dan disokong Adun Pasir Panjang Yahaya Mat Nor (Amanah).

Pengkritik mendakwa tawaran yang diterima Siti Aisyah itu adalah satu usaha untuk menutup mulut beliau dari terus menyerang DAP dan Amanah. Apatah lagi jawatan penasihat khas kepada MB itu adalah bertaraf EXCO.
“Kome hingor ghupe nak rak, bagi pangkat teruih tak berbunyi, nyerongih sampei ke telinge. Uihh! Mane lawan tetap lawannya yong hoi? Udoh jadi jilat tetap jilat pulok ke?“- kata seorang pengkritik yang enggan namanya disiarkan dalam loghat Perak. -TTKM-
Leave a Reply