Tue. Oct 15th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Syed Saddiq kutip sampah di stadium

3 min read

BUKIT JALIL, 8 Julai: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang mahu dikenali sebagai Bro Saddiq tetapi lebih popular dikenali sebagai Sadek Sepakraga mengutip sampah di stadium Bukit Jalil selepas tamatnya perlawanan Piala FA malam tadi.

Perbuatan Sadek Sepakraga ini mendapat reaksi pelbagai di media sosial.

Ibnu Hurairah : Jadilah seperti penyokong2 Jepun bila selesai perlawanan tak kira seri, menang atau kalah tetap akan kutip sampah sekitar tmpt duduk penyokong kedua belah.. Mereka dpt pengikhtirafan dunia bila buat sedemikian rupa malah di ikut oleh penyokong2 negara lain.. Kenapa rakyat Malaysia masih kolot dan tak berubah2 perangai asyik kecam setiap apa yg baik org lain lakukan. Maaf cakap menteliti org kita ketinggalan 15 tahun dari org luar negara seperti Jepun. Pandanglah yg negatif, jgn setiap hari yg positif saja.

36744279_10156540921233466_2622563814700220416_o.jpg
Gambar NST

Syakir Ikhwan Bin HashimMenteri Sukan tu sebenarnya perli penonton bola yang pengotor……tak reti2 nak kutip & buang sampah

Wan Ahmad Bagus yb Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Boleh jadi role model kepada anak muda. Yg lain tlg jgn ingt YB ni berlakon kutip sampah utk politik. Dia mmg cuba utk tarik golongan belia utk buat mcm ni bila di tmpt awm. Tak kisah la di stadium atau di taman.. sampah di tgh jalan pun boleh kutip kalau nak.

36721458_10156540921248466_132186985858072576_o.jpg
Gambar NST

Jojie Shazri Kalau ye pun die belakon at least dia cuba nak mula mindsetkan mentaliti kita ni pembersih mcm penyokong japan. Die dh tahu die YB, menteri, so dia guna kelebihan nak buat mcmni la. Mcmni la org kita. Bila nak maju. Buat baik kondem buat jahat kondem. Ah sudah.

Tidak kurang juga komen mengkritik tindakan Sadek Sepakraga tersebut.

Xii Dien Hahahaha… Lakonan semata², dia sedar dirinya Menteri akan menjadi perhatian semua media… tu yang pi kumpul sampah…. anda rasa sebelum ni masa orang biasa² ada ke dia pi kumpul sampah di stadium selepas habis perlawanan bola sepak.

Gce Andy Aduiii pandai berlakon.. now u should tink how make sport go better.. bkn panggil kutip sampah.

Nor Asnah Propa baru jd menteri tggu lama sikit. Klau x xkan ada cameraman kat belakang

36731563_10156540921263466_5569565219807559680_o.jpg
Gambar NST

Mohamad Hanizam Wayang kuat…. weihh… sapa jd penasihat budak wechat ni weih…. org lantik jd menteri bukan suruh kutip sampah…siap bawak media dgn bodyguard lagi… hahah kat stadium tuh dah ada kontraktor pembersihan … kerja diorang….Kutip2 sampah ni UMNO dah buat lama dah… siap org kutuk lagi kata belakon… Bro buat style lain pulak yer… heheh

Ng Seksan my question is why is he picking rubbish alone n did not gather more people in the effort?

TTKM mendapati gimik politik lakonan begini bukan sesuatu yang asing, malah sudah lama diamalkan oleh politikus veteran yang lain.

Berikut merupakan lakonan mengangkat sampah yang dilakukan oleh YB Zambry, mantan menteri besar Perak. Beliau pergi setapak lagi jauh dengan turut memakai kostum seragam pekerja kutip sampah, lengkap dengan sarung tangan dan topi.

This slideshow requires JavaScript.

Walau bagaimanapun, politikus paling juara dalam bidang lakonan, dimana Sadek Sepakraga tertinggal 100 tiang adalah lakonan  oleh bekas Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang boleh melakonkan aksi pelbagai, diantaranya adalah :

1. Membersihkan longkang tersumbat.

azmin bersih longkang perati2.jpg
Gambar dari facebook Azmin Ali.

2. Membersihkan tong sampah.

14650559_10154160116568687_1110069606586448893_n
Gambar dari facebook Azmin Ali

3. Menyembur racun serangga di bawah titi.

terjah aedes3.jpg
Gambar dari facebook Azmin Ali

4. Mengecat bangunan

azmin sapu cat.jpg
Gambar dari facebook Azmin Ali

5. Mencuci sehelai  pakaian orang lain. ( Lihat makcik berbaju coklat itu pun ketawa kecil tidak tahan melihat aksi lakonan Azmin)

banjir azmin basuh1 ketawa.jpg
Gambar dari facebook Azmin Ali

7. Membakar udang tiada GST.

 

azmin lobster.jpg
Gambar dari facebook Azmin Ali

Sebelum ini Sadek Sepakraga ada juga melakukan lakonan dengan memanggil sidang akhbar untuk menunjukkan air mata beliau yang keluar setitis dua akibat keputusannya menolak tawaran belajar di Universiti Oxford. Lakonan tersebut ternyata tidak sia-sia apabila beliau menang pilihanraya dan kini menjadi menteri paling muda dalam sejarah Malaysia, manakala boss beliau, Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri paling tua. Ini membuktikan slogan yang diwar-warkan oleh Tun Mahathir selama ini iaitu “Malaysia Boleh” sememangnya terbukti benar. -TTKM-

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: