Tak hantar si anak haram penghasut (Zakir Naik) pulang ke India, Tun khianati kita! – Farouk A Peru.

PETALING JAYA: Aktivis pro liberal, Farouk A Peru menempelak Tun Dr Mahathir di atas keputusan beliau tidak menghantar pulang Zakir Naik ke India.

Menulis di facebooknya, Farouk yang  kecewa dengan tindakan Tun itu turut menggelar Zakir Naik dengan gelaran penghasut anak haram (seditious bastard)

“Tun, by keeping this seditious bastard in the country, you have betrayed us. I feel totally let down“- Farouk A Peru.

farouk.PNG
Tangkap layar dari facebook Farouk A. Peru

Sebelum ini, terdapat desas desus bahawa Naik akan diekstradisi ke India. Walau bagaimanapun, pada Jumaat lepas, Tun Dr Mahathir mengatakan kerajaan tidak akan melakukannya kerana Zakir Naik telahpun diberikan status penduduk tetap.

Semalam,  sebaik sahaja keputusan tersebut diumumkan Dr Mahathir, Zakir Naik telah bertemu beliau dan   melakukan interaksi dengan Tun berhubung “Dakwah tentang Islam dan Perbandingan Agama.”

Capture.2PNG.PNG
Tangkap layar dari facebook Zakir Naik

Pakar strategi PPBM Rais Hussin pula turut  mempertahankan keputusan Perdana Menteri tidak menghantar pulang Dr Zakir naik ke India, lapor FMT.

Rais berkata secara peribadi beliau tidak melihat apa-apa kesalahan dalam aktiviti dan ucapan Zakir Naik.

Rais turut menempelak mereka yang mengkritik Zakir Naik di media sosial, katanya Zakir Naik mempunyai cara beliau tersendiri dalam  menyampaikan pandangannya melalui debat, dan pengkritik Zakir Naik- mereka yang mempunyai ‘mob mentality”, harus berdebat dengan Zakir dari meminta beliau dihantar pulang ke India.
Terdahulu, P. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang merangkap    Timbalan Setiausaha Agung Kebangsaan DAP,  mendesak Putrajaya supaya menghormati perjanjian ekstradisi dengan India dan menghantar pulang Dr Zakir Naik sekiranya pihak India melakukan permohonan ekstradisi itu.
Setakat ini, Putrajaya telah mengambil keputusan untuk  tidak menghantar pulang pendakwah kontroversi tersebut.  – TTKM-

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.