“Tutup semua sekolah Tahfiz!” – Zam, Netizen berang.

Kuala Lumpur :  Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan atau lebih dikenali sebgai Zam mendesak menteri agama, Muhajid  supaya operasi sekolah tahfiz di seluruh negara ditutup sepenuhnya yang menurutnya tidak memberikan harapan masa depan kepada generasi baru Islam.

“Saya harap Mujahid  akan dapat memainkan peranan berani dan tegas untuk membawa umat Islam negara ini kepada realiti dan keperluan kepada sikap dinamik dan menolak kearaban sebagai keislaman. Pertama sekali langkah mesti diambil untuk menutup semua sekolah tahfiz di negara ini yang tidak memberikan harapan masa depan kepada generasi baru Islam,” – Zam

Zam turut meminta Mujahid suapaya mencegah pakaian seragam sekolah menggunakan pakaian arab, seperti kupiah dan jubah, selain memberi galakan memakai songkok, berseluar dan berkemeja.

“Cegahlah sekolah-sekolah agama menjadikan pakaian Arab sebagai uniform sekolah. Galakkan memakai songkok, berseluar dan berkemeja. Cegah kupiah dan berjubah. Sunnah nabi tidak ada lagi dalam jubah yang telah pun dimodenkan oleh komersialisme”. – Zam.

Ini bukan pertama kali Zam menyuarakan pendapat yang sama. Pada September tahun lalu, penyokong kuat Dr Mahathir itu juga pernah mencetuskan kontroversi apabila mendesak kerajaan mengharamkan sekolah tahfiz susulan tragedi kebakaran yang meragut 23 nyawa pelajar dan guru Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah.

Sementara itu, netizen di Twitter berang dengan kenyataan Zam tersebut.

-TTKM-

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: