Eh? Numan Afifi, ‘Pegawai akhbar’ Syed Saddiq letak jawatan, dakwa disabotaj?

PETALING JAYA: Pegawai akhbar kepada Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan, Numan Afifi, yang sebelum ini dikecam hebat mengambil keputusan meletak jawatan daripada tugas berkenaan, lapor Berita Harian.

Numan berkata, keputusan itu diambil ekoran kecaman dan ancaman hebat oleh ejen propaganda pembangkang, menyebabkan mustahil untuk dirinya menjalankan amanah diberi.

TTKM mendapati kecaman tersebut bukan sahaja dilakukan oleh ejen propaganda pembangkang, malah  itu turut dilakukan oleh facebook fanpage parti Pribumi Bersatu. 

Numan berkata,  dia mengambil keputusan menolong sahabatnya, Syed Saddiq Abd Rahman sebagai Pegawai Akhbar sementara dan akan menyerahkan tugas menguruskan akhbar dan media kepada Setiausaha Akhbar baharu yang akan dilantik secara rasmi dalam masa terdekat.

“Saya mengambil keputusan tidak bertugas secara rasmi di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan akan ke luar negara dalam masa terdekat bagi menentukan apa hala tuju selepas ini.Saya berhasrat mengulang dan menegaskan kenyataan Syed Saddiq bahawa setakat ini belum ada sebarang pelantikan rasmi di pejabat menteri. Menjawab mengenai isu beberapa nama tertera di laman web rasmi KBS, saya dimaklumkan terdapat unsur sabotaj dan siasatan dalaman sedang dijalankan serta difahamkan tindakan tegas akan diambil ke atas pesalah,” Numan Afifi.

Numan turut berterima kasih kepada Syed Saddiq yang memberinya peluang sepanjang kempen pilihan raya di Muar dan fasa transisi di KBS dan menganggap ia satu penghormatan untuk dirinya.

Kenyataan penuh Numan Afifi:

This slideshow requires JavaScript.

Pada minggu lepas, nama Numan Afifi muncul di laman web kementerian Belia dan Sukan sebagai pegawai khas Saddiq, tetapi dipadamkan setelah mendapat kritikan pelbagai pihak.

Syed Saddiq menafikan ada melakukan sebarang lantikan, sementara TTKM membuktikan nama tersebut memang terdapat pada laman web Kementerian Belia dan Sukan yang disimpan pada server cache Google.- TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.