“Laman web KBS kena sabotaj!”- Syed Saddiq

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mendakwa laman web rasmi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mungkin disabotaj pihak tidak bertanggungjawab, lapor Berita Harian. Ini merupakan usaha terbaru beliau untuk melindungi dirinya dari tuduhan melantik aktivis LGBT, Numan Afifi sebagai pegawai khas.

Susulan itu, beliau sudah memaklumkan perkara berkenaan kepada Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali, supaya tindakan susulan dapat diambil.

Katanya, nama Setiausaha Akhbar (SUA) yang tertera di laman web rasmi itu adalah tidak benar kerana sehingga kini, beliau tidak pernah melantik mana-mana individu menjawat jawatan berkenaan.

“Sehingga kini tiada sebarang lantikan dibuat dan kini kami sedang memuktamadkan calon sesuai untuk jawatan terbabit. (Nama yang tertera dalam laman web rasmi kementerian) Numan Afifi ialah kawan saya dan dia banyak membantu mengenai media dari awal sehingga berada di posisi sekarang. Dia mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perkhidmatannya sehingga SUA dilantik secara rasmi,” Syed Saddiq

 

Sementara itu, Numan Afifi dalam satu kenyataan berkata, beliau hanya membantu Syed Saddiq sementara menunggu SUA dilantik secara rasmi.

Beliau berkata, mustahil untuknya menjalankan amanah diberi kerana mendapat kecaman dan ancaman daripada netizen dan atas sebab itu, mengambil keputusan untuk meletak jawatan.

TTKM sebelum ini melaporkan nama tersebut telah dipadam dari laman web KBS setelah dikecam netizen, tetapi masih ada di server cache Google. – TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version