(video) YB Hanipa Maidin jatuh pengsan ketika Tun berucap.

Putrajaya, 9 Julai : TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin rebah di pentas ketika Tun Dr Mahathir sedang memberikan ucapannya pada perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra, Putrajaya, hari ini, lapor Harian Metro.

Ini perhimpunan pertama sejak kabinet penuh dibentuk Isnin lalu.

Video dari FMT:

Dr Wan Azizah memberikan rawatan awal dengan memusingkan badan Hanipa pada kedudukan lebih baik.
WhatsApp_Image_2018-07-09_a.jpg
Gambar dari The Sun
Video dari youtube:

Sementara itu, pasukan paramedik terus bergegas memberikan rawatan dan mengangkat beliau ke pengusung sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

 

Tun Dr Mahathir meneruskan ucapan Perhimpunan Bulanan JPM itu ketika ambulans tiba di tempat kejadian seperti tiada apa yang berlaku.

 

Pada April 2016 lepas, Hanipa  juga pernah didapati pengsan di tempat duduknya di dalam Dewan Rakyat sejurus selepas persidangan ditangguhkan dan dikejarkan  ke Institut Jantung Negara -TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.