“Iktiraf UEC secepat mungkin!”- Teo Nie Ching, “Tunggu dulu!” – Maszlee

KUALA LUMPUR, 10 Julai : Timbalan menteri pendidikan, Teo Nie Ching dilihat mendahului menterinya sendiri dalam isu UEC.

Teo Nie Ching mahu isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dibuat secepat mungkin, sebelum hujung tahun 2018, lapor Malaysiakini. Manakala Dr Maszlee berkata kajian akan dilakukan terlebih dahulu sebelum perkara itu diputuskan.

 

“Saya harap dapat selesaikan tugas ini sebelum hujung tahun, ini matlamat saya. Mungkin perlu makan masa untuk bina sebuah sekolah, tapi ini (pengiktirafan UEC) boleh dibuat secepat mungkin. Saya tak suka buat kerja secara cincai,” Teo Nie Chin

Beliau yang juga ahli parlimen DAP Kulai berkata isu itu tidak perlu dibawa ke parlimen memandangkan kerajaan sebelum ini memberi pengiktirafan kepada sijil A-level tanpa melalui perbahasan di Dewan Rakyat.

Maszlee tidak mahu terburu-buru.

image.jpg
Gambar dari Sinar Harian

Sementara itu, Bernama melaporkan  Dr Maszlee, menteri pendidikan sebagai berkata kementeriannya  tidak akan menggadaikan bahasa Melayu dan akan melakukan kajian holistik sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Katanya meskipun terdapat cadangan untuk mengiktiraf sijil itu sebagai antara syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) namun beliau tidak mahu membuat keputusan terburu-buru.

Menurutnya pandangan pelbagai pihak tetap jadi keutamaan malah memandang berat isu kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan impak keputusan yang akan menjejaskan perpaduan serta keharmonian.

“(Pengiktirafan) UEC adalah salah satu janji dalam manifesto Pakatan Harapan. Cuma kita perlu ambil kira pandangan daripada beberapa pihak yang mereka tidak lihat sijil UEC sebagai sijil kemasukan semata-mata tetapi mengambil kira isu bahasa Melayu dan keharmonian. Saya perlu bertemu semua pihak berkepentingan bukan hanya kaum Cina tetapi juga golongan pejuang bahasa kebangssan dan mereka yang berurusan dalam menjaga keharmonian. Jika kita ingin UEC diiktiraf nanti, kita tidak mahu ia menjejaskan perpaduan dan bahasa kebangsaan,” – Dr Maszlee

UEC adalah satu sijil pelajaran yang digunakan oleh sekolah persendirian Cina di Malaysia mengikut sistem di bawah seliaan Dong Zong (badan pendidikan Cina). Tetapi kebanyakan masih menjalankan subjek-subjek SPM kerana tak mahu ambil risiko pelajar tiada sijil SPM untuk bekerja kelak. Medium pengajaran utama subjek untuk UEC adalah dalam bahasa Cina dan hanya ada satu subjek BM disertakan, untuk cukup syarat dan lebih mudah dari BM SPM.

Pengkritik mendapati sekiranya kementerian mengiktiraf sijil tersebut, ia akan membawa kepada polirasasi kaum yang lebih buruk kerana sukatan pelajaran UEC tidak mengikut sukatan pelajaran negara Malaysia.

Pengiktirafan UEC terkandung dalam  janji no 50 buku manifesto Pakatan Harapan:

“Pakatan Harapan akan mengiktiraf sijil UEC sebagai syarat am kelayakan untuk memasuki institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan syarat pemohon
memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM. Untuk tujuan ini, sijil UEC akan dinilai agar setaraf dengan syarat am kelayakan sedia ada
untuk kemasukan ke IPTA. – Buku Pakatan Harapan, m/s 135.

Undian menunjukkan majoriti tidak bersetuju.

Sementara itu,  Pendidik2u mendakwa “berdasarkan tinjauan awal di media sosial di kalangan guru, rata-ratanya tidak menyokong pengiktirafan UEC.” Satu undian atas talian di page tersebut mendapati 98% tidak bersetuju kerajaan mengiktiraf UEC

uec.PNG
Tangkap layar dari laman web Pendidik2u

Manakala  undian di facebook page TTKM  yang disertai 15100 pengundi juga menunjukkan keputusan yang sama. 93% tidak bersetuju kementerian pendidikan mengiktiraf UEC. Manakala 7%  lagi bersetuju.

aa.jpg
Tangkap layar dari FB page TTKM

Kesungguhan Teo Nie Ching terbulu-bulu mahu menjadi juara isu pendidikan Cina ini dilihat berkontradiksi pula dengan kenyataan Lim Guan Eng sebelum ini yang dengan yakin mengatakan beliau bukan orang Cina, sebaliknya orang Malaysia.

DAP_LIM GUAN ENG_PC
“Saya minta maaf, saya tidak anggap diri saya sebagai seorang Cina. Saya orang Malaysia!” – Lim Guan Eng. Gambar dari Malaysian Times.

Manakala, seorang pengundi PH bertemu dengan TTKM mempersoalkan kenapa janji mengiktiraf UEC ini menjadi keutamaan, sedangkan ia tidak pun terkandung dalam janji 100 hari Pakatan Harapan yang perlu ditunaikan dahulu.

“Mana hapuskan tol? Mana kurangkan harga minyak? Yang ada kurang harga tomato buat apa? Ingat aku makan tomato hari-hari ke?”  kata beliau dengan nada kemarahan, dengan kepalanya basah berbau sedikit hancing  – TTKM –

 

Leave a Reply to postfishcrackerCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.