“Kita takkan tunduk kepada desakan usir Zakir Naik!” – Tun

PUTRAJAYA :  Kerajaan tidak perlu mudah tunduk kepada desakan berhubung isu pendakwah bebas Zakir Naik kerana perlu mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk undang-undang, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang dilaporkan Bernama.

Mengulas desakan sesetengah pihak supaya Zakir dihantar pulang ke negara asalnya India, Dr Mahathir berkata:

“Kita tidak selalunya terpaksa ikut kehendak orang lain, kita kena tentukan sebab-sebab kita respon kepada mana-mana desakan sama ada dia (Zakir) mengikut undang-undang ataupun tidak. Kalau tidak, ada orang akan jadi mangsa.” Tun Dr Mahathir

 

P. Ramasamy, gambar dari Malaysian Times. 

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P. Ramasamy  merangkap Timbalan Pengerusi DAP sebelum ini mendesak supaya Zakir dihantar pulang ke India supaya hubungan Malaysia dengan negara itu tidak terjejas. P. Ramasamy menjadi tumpuan pada 2 tahun lepas kerana menggelar Zakir Naik sebagai setan.

 

Tangkap layar facebook P. Ramasamy

Manakala, Farouk A. Peru, aktivis pro liberal,  menempelak Tun Dr Mahathir diatas keputusan beliau tidak menghantar pulang Zakir Naik ke India. Menulis di facebooknya, Farouk yang  kecewa dengan tindakan Tun itu turut menggelar Zakir Naik dengan gelaran penghasut anak haram (seditious bastard)

Zakir Naik merupakan pendakwah Islam berasal dari India yang didakwa terbabit dengan serangan pengganas di Dhaka serta pengubahan wang haram meninggalkan India pada 2016.
Kerajaan India telah membatalkan pasport Zakir setelah beliau berulang-kali mengabaikan permintaan agar hadir di Badan Penyiasat Kebangsaan India bagi membantu siasatan.

Kerajaan BN dahulu telah memberikan status penduduk tetap kepada Zakir Naik dan beliau dilaporkan kerap berada di Malaysia sejak itu.

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran juga mendesak kerajaan mengusir Zakir Naik ke India. Beliau turut menempelak mantan menteri KDN, Zahid Hamidi kerana meluluskan status PR Zakir dan mendakwa Zakir Naik tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, Kulasegaran tidak pula bersuara mengenai warganegara Malaysia, Tommy Thomas yang dilaporkan juga tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik, malah dilantik pula sebagai peguam negara.- TTKM-

 

 

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version