Akaun dibeku :Anak Najib sakit kanser, sukar bayar bil hospital.

Kuala Lumpur : Anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan pesakit kanser tahap empat, Puteri Norlisa, 37, kini berada dalam keadaan tertekan ekoran pembekuan akaun miliknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor Utusan.

Adiknya, Datuk Mohd. Nazifuddin berkata, susulan daripada tindakan SPRM, kakaknya mengalami kesukaran membayar bila hospital bagi melakukan rawatan kimoterapi untuk merawat kanser darah.

 

“Tidak sepatutnya buat pembekuan akaun terhadap kakak saya kerana dia sedang lakukan rawatan kimoterapi akibat kanser.Rawatan mengambil masa selama enam bulan dan dengan pembekuan ini memberi kesusahan kepadanya untuk membayar bil hospital.Kami harap pada masa akan datang, isu ini tidak melibatkan pesakit kanser sepertinya kerana Puteri Norlisa mengalami tekanan dan kesusahan untuk pulih daripada penyakit kanser darah apabila perkara seperti ini berlaku,” – Datuk Mohd. Nazifuddin

Susulan itu, beliau berharap kerajaan Pakatan Harapan supaya lebih prihatin terhadap nasib kakaknya yang dikesan mengalami kanser sejak tiga bulan lalu itu.

Katanya, anak perempuan tunggal Najib dan bekas isteri, Puteri Zainah Tengku Iskandar itu kini berulang-alik ke hospital sekali seminggu bagi menjalani rawatan kimoterapi.

“Dia perlu lakukannya selama enam bulan dan rawatan ini memakan kos ratusan ribu ringgit. Sebab itulah kita cuba lakukan yang terbaik untuk kakak.Apa yang saya boleh cakap Puteri Norlisa kini mengalami tekanan apabila perkara sebegini berlaku kepada keluarga sendiri,” – Datuk Mohd. Nazifuddin –

SPRM baru-baru ini dilapor membekukan akaun Puteri Norlisa bersama anak Najib yang lain, iaitu Nooryana Najwa, Mohd Norashman dan Mohd Nizar susulan siasatan berkaitan skandal 1MDB.

Norlisa dilapor dikesan menghidap kanser tiga bulan lalu dan kini berulang-alik ke hospital sekali seminggu untuk rawatan.

Sementara itu, Najib Razak melalui akaun facebooknya menulis mengesahkan bahawa akaun anak-anaknya baru sahaja dilepaskan dari pembekuan pagi tadi.

“Pada pagi ini, saya difahamkan akaun anak-anak saya sudah lepas dari pembekuan dan ini menunjukkan tindakan pembekuan itu dibuat tanpa sebarang asas. Bagaimanapun, akaun peribadi saya tetap dibekukan. Akaun ini tidak ada kena mengena dengan politik. Ia tidak ada kaitan dengan siasatan yang dijalankan pihak berkuasa.Saya hanya menyedari akaun ini dibekukan apabila cek peribadi saya bagi pembayaran perubatan anak perempuan saya tidak diterima.Tindakan agensi yang terbabit dan waktu mereka membekukan akaun saya dibuat adalah tidak wajar. Saya kecewa dengan tindakan ini, waktu ia dilakukan, yang saya anggap satu tindakan “draconian” atau menindas oleh kerajaan hari ini.” – Najib Razak.

-TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: