Dua Bulan Dibawah PH: Menilai Kegagalan PH.

Dua Bulan Dibawah Pakatan Harapan: Menilai Kegagalan Pakatan Harapan

Oleh : Duke of KL.

1. Hari ini, 9 Julai adalah genap 2 bulan pemerintahan PH sbg k’jaan di M’sia menggantikan Barisan Nasional. Puluhan janji telah dibuat bagi meraih sokongan drpd pengundi melalui Buku Harapan

pakatan-harapan1.jpeg

2. Antara janji utama yang gagal dilunaskan oleh k’jaan Pakatan Harapan ialah 30% kuota wanita di dalam setiap peringkat pembuat dasar. Dalam jemaah kabinet, hanya 18.5% wanita dilantik menjadi Menteri Persekutuan. Di peringkat yang lain juga menunjukkan trend yang serupa.

3. Di P. Pinang, Perak, Johor, Melaka & Negeri Sembilan hanya seorang dari 10 orang EXCO merupakan wanita Di Kedah, hanya dua dari 10 orang EXCO merupakan wanita Hanya Selangor yang memenuhi janji dengan 3 orang EXCO wanita selepas YAB Amirudin Shaari menjadi MB S’gor yang baru.

This slideshow requires JavaScript.

4. Selain itu, K’jaan Pakatan Harapan juga telah gagal memansuhkan Biro Tata Negara sepertimana yang tertaluk di dalam Buku Harapan. Jelas ini menunjukkan sikap hypocricy Pakatan Harapan ketika menjadi pembangkang & ketika menjadi kerajaan.

5. Pakatan Harapan juga gagal melaksanakan kad pengangkutan awam tanpa had pada kadar RM100 sebulan seperti mana yang dijanjikan dengan alasan implikasi kewangan kepada kerajaan selepas isu hutang negara RM1 trilion digembar-gemburkan oleh k’jaan Pakatan Harapan

This slideshow requires JavaScript.

6. Janji untuk menyediakan subsidi minyak secara bersasar juga gagal ditunaikan oleh Pakatan Harapan. Sebaliknya, PH memberikan blanket subsidy kepada orang ramai sekaligus menguntungkan orang-orang kaya sahaja seperti mana yg dinyatakan dalam Laporan Bank Negara
7. Wakil rakyat DAP juga gagal menepati janji mereka. Pada Mac lalu, mereka berjanji untuk mengisytiharkan harta sejurus mereka menjadi Menteri dan EXCO. Sehingga kini, tidak ada seorang pun Menteri DAP yang mengisytiharkan harta mereka kepada orang ramai.
8. Kelayakan Akademik Menteri Besar Perak juga gagal dijelaskan oleh pimpinan Pakatan Harapan. Sehingga kini, kita tidak tahu sama ada YAB Ahmad Faizal itu pernah grad dr Edith Cowan University ataupun tidak. Jawapan beliau ketika disoal tentang isu ini amatlah tidak b’jawab.

This slideshow requires JavaScript.

9. Dr. Ong Kian Ming turut menunjukkan sikap hipokrit. Beliau dahulunya merupakan individu yang mendedahkan bahawa 2 timbalan Menteri BN mempunyai ijazah palsu dari universiti2 yang tidak dikenali. Kini, bila kena pada MB Perak, beliau diam seribu Bahasa.

This slideshow requires JavaScript.

10. Dari segi ekonomi, kerajaan walaupun telah membuat polemik mengatakan bahawa hutang negara tidak terkawal dan sebagainya. Namun tetap meningkatkan hutang negara dengan tambahan defisit fiskal sebanyak RM300 juta. Nak kurangkan hutang negara tapi tambahkan lagi hutang negara?
11. Matawang negara merudum dari RM3.956 pada 8 Mei 2018 bagi setiap US dollar kepada RM4.04 pada 8 Julai 2018. Ini bermaksud kata-kata Mahathir bahawa ‘ Najib Turun, Ringgit Naik ‘ adalah bullshit. Ringgit masih merudum walaupun Najib turun dan harga minyak dunia naik!
12. Dengar kata tanpa exercise & intervention besar-besaran oleh Bank Negara yang membelanjakan US$4.7 bilion dalam tempoh 45 hari, nilai Ringgit dianggarkan akan berlegar sekitar RM4.40~ bagi setiap US dollar. Kalau zaman BN buat perangai ni dulu dah bising dah Tony Pua.

This slideshow requires JavaScript.

13. Selain drpd kejatuhan nilai Ringgit, Indeks FBM KLCI secara konsistennya tunjukkan trend menurun. Berbanding 8 Mei, Indeks ini ditutup pd 1846 mata & kini berada pd 1669 mata. Ini bermaksud pasaran saham kita susut 9.85% dlm tempoh 2 bulan. Salah siapa tuan-tuan? Salah Najib?
14. Pelabur-pelabur luar juga terus meninggalkan pasaran saham kita, minggu lepas, MIDF melaporkan pelabur2 luar melupuskan ekuiti mereka bernilai RM705 juta. Ia merupakan minggu kesembilan berturut-turut ‘foreign attrition’ utk pasaran saham kita.
15. KWSP juga merekodkan kerugian atas kertas lebih kurang RM6 bilion apabila saham-saham yang dipegang oleh mereka telah susut nilainya. Ia bukanlah petanda baik utk pemegang dana terbesar di Malaysia utk memberikan dividen yang lebih tinggi kepada pencarum utk tahun ini
16. Ini tidak termasuk ketidakcekapan sebilangan pemimpin Pakatan Harapan lagi. Seperti contoh, Syed Saddiq dan isu pelantikan Numan Afifi sebagai pegawai khas Flip flop Dr. Maszlee mengenai pelantikan pegawai di pejabatnya LGE & kenyataan Bahasa Cinanya
(Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian TTKM.  – Editor TTKM )

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.