Kemungkinan dilantik speaker dewan rakyat, Lim Kit Siang enggan komen.

Kuala Terengganu, 11 Julai: Penasihat DAP, Lim Kit Siang enggan memberikan komen apabila ditanya mengenai desas-desus  beliau akan dilantik sebagai speaker dewan rakyat yang akan pada sesi pertama yang akan berlangsung 16 Julai ini, lapor Bernama.

“Saya tidak mahu memberikan komen berhubung hal itu. Saya ingin menekankan bahawa kita berpolitik bukan untuk jawatan. Kita berpolitik kerana kita merasakan ia adalah salah satu cara untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat. Itulah asasnya, yang lain akan mengekori. “ – Lim Kit Siang.

Nama lain yang dicadangkan mengisi jawatan speaker adalah Rais Yatim (mewakili PPBM) dan Johari Abdul ( mewakili PKR). Setakat ini, nama Lim Kit Siang dikhabarkan menjadi pilihan utama perdana menteri, Tun Dr Mahathir.

Sementara itu, seorang sumber yang enggan dinyatakan memberitahu TTKM bahawa pemilihan Lim Kit Siang mungkin dilakukan oleh Tun Mahathir supaya sebarang usul tidak percaya dapat digagalkan. Ia juga menjawab persoalan kenapa Lim Kit Siang tidak diberikan sebarang posisi dalam kabinet yang diumumkan baru-baru ini.

Malah, Dr Mahathir berulang kali menggelar Lim Kit Siang sebagai seorang yang rasis.
Lim Kit Siang pula sebelum ini mendakwa Mahathir mengamalkan KKN (Kronisme, Korupsi dan Nepotisme)
Mahathir dan Lim Kit Siang melupakan persengketaan di antara mereka pada PRU 14 demi untuk menjatuhkan kerajaan BN.
Pengkritik mendakwa untuk “kesalahan dilupakan, dosa dihapuskan lantaran menjadi suci seperti bayi, adalah dengan masuk Pakatan Harapan”-TTKM-

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version