Berita

Lim Kit Siang bakal speaker Dewan Rakyat?

By Buletin TTKM

July 11, 2018

KUALA LUMPUR, 11 Julai:  Lim Kit Siang, politikus paling veteran dalam dewan rakyat mungkin akan dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baru, lapor FMT memetik “sumber” yang boleh dipercayai .

Gambar dari Utusan.

Sumber tersebut mendakwa pentadbiran Dr Mahathir kini sedang menimbang dengan serius cadangan tersebut.

Pengumuman mengenai perkara ini dijangka akan dibuat selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Selain Lim Kit Siang, nama lain yang dicadangkan adalah dari PKR : Johari Abdul dan dari PPBM : Rais Yatim.

 

Oleh itu, menurut sumber tersebut, pengalaman 30 tahun Lim Kit Siang dalam dewan rakyat menjadi sebab utama Kit Siang dipilih kerana beliau  dianggap umpama kamus peraturan dewan.

Sementara itu, seorang sumber yang enggan dinyatakan memberitahu TTKM bahawa pemilihan Lim Kit Siang mungkin dilakukan oleh Tun Mahathir supaya sebarang usul tidak percaya dapat digagalkan.