NGO ajak solidariti utk Fadiah, aktivis yg menulis artikel kritik monarki

Kuala Lumpur, 11 Julai : Dua NGO, Suaram dan Malaysia Muda menaikkan kenyataan di facebook page mengajak orang ramai supaya turun bersolidariti untuk peguam merangkap aktivis Bersih dan Malaysia Muda, Fadiah Nadwa Fikri atau lebih dikenali sebagai Fad, yang dipanggil untuk memberikan keterangan petang ini di IPD Brickfields pada jam 3.15 petang ini.

Fad disiasat atas Akta Hasutan Seksyen 4(1) dan Akta SKMM Seksyen 233 berhubung artikel beliau yang didakwa menggesa sistem beraja dimansuhkan.

Menurut kenyataan tersebut, tiada institusi terselamat dari kritikan orang ramai di bawah #MalaysiaBaru, yang merujuk kepada kerajaan baru Pakatan Harapan.

“Ahli kami, Fadiah Nadwa Fikri telah dipanggil untuk memberi keterangan berkenaan tulisan beliau yang didakwa mempersoalkan institusi kesultanan, telah dilaporkan kepada polis. Ini fasa #MalaysiaBaru. Tiada institusi harus terselamat daripada kritikan awam.” 

Kenyataan itu turut menafikan tuduhan yang mendakwa Fadiah merupakan seorang agen Pakatan Harapan yang mahu memulakan pergaduhan melalui artikel beliau.

“Laporan polis terhadap Fadiah telah menuduh bahawa Fadiah ialah seorang agen Pakatan yang ingin memulakan pergaduhan, tetapi jika kita benar-benar membacanya, tuduhan ini adalah tidak benar:https://malaysiamuda.wordpress.com/2018/07/09/jangan-engkau-cium-tangan-yang-memukulmu/.”

Artikel Fad bertajuk “Jangan kau cium tangan yang memukulmu” mencetuskan kontroversi apabila portal Malaysian Digest menyiarkan berita mengenai artikel tersebut dengan tajuk Aktivis Pakatan Gesa Mansuh Sistem Beraja, Dakwa Monarki Sudah Lapuk” menjadi tular.

Laporan polis terhadap Fad itu dibuat oleh Setiausaha Agong Perkasa,  Syed Hassan Syed Ali.

“Menurut undang-undang, sesiapa sahaja yang berniat mahu meruntuhkan institusi beraja adalah dianggap telah melanggar undang-undang. Kami berharap polis akan menyiasat lebih lanjut dan mengambil tindakan segera. Jika kita biarkan perkara ini tanpa tindakan lanjut, ia akan memberi kesan kepada orang ramai, terutama sekali anak muda”  – Syed Hassan Syed Ali, SUA Perkasa.

 

 

 

20180710MH50.JPG
Setiausaha Agung Perkasa  Syed Hassan Syed Ali, Ketua Penerangan Datuk Roslan Kasim dan naib presiden Perkasa Kelantan Datuk Che Abdullah Che Ismail bergambar dengan laporan polis yang dilakukan di balai polis Putra, — Gambar oleh Mukhriz Hazim, Malay Mail.

Ini bukan pertama kali akta yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan akan dimansuhkan, digunakan terhadap aktivis sejak kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 lepas. Sebelum ini, laporan polis juga dibuat terhadap Kadir Jasin dan aktivis Hishamudin Rais atau lebih dikenali dengan Tukar Tiub Bocor kerana menyiarkan artikel mengkritik dan menghina monarki. Walau bagaimanapun, Hishamudin menafikan perkara tersebut malah mendakwa portal beliau telah digodam.

Janji no 12 dalam buku manifesto Pakatan Harapan muka surat 77 dengan jelas menyatakan akan menghapuskan akta hasutan dan peruntukan zalim pada akta SKMM:

“Kerajaan Pakatan Harapan akan memansuhkan
undang-undang berikut:
• Akta Hasutan 1948
• Akta Pencegahan Jenayah 1959
• Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
• Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
• Akta Majlis Keselamatan Negara 2016
• Hukuman gantung mandatori dalam semua
akta
Kerajaan Pakatan Harapan juga akan memansuhkan
peruntukan-peruntukan yang zalim dalam akta-akta
berikut:
• Kanun Keseksaan 1997 terutama dalam
isu perhimpunan aman dan kegiatan
memudaratkan demokrasi
• Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Penyokong kerajaan meminta rakyat bersabar dalam usaha kerajaan menghapuskan akta-akta tersebut, dan menggesa diberikan masa sekurang-kurangnya 9 bulan 10 hari, dengan mengatakan “Takkan kahwin hari ini, esok sudah beranak?”  -TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.