Pecah botol arak: Jamal didenda RM400, turut minta maaf.

SHAH ALAM – Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos atau lebih dikenali sebagai Jamal Pak Tongkol didenda RM400 oleh Majistret Shah Alam kerana mendatangkan kegusaran awam dengan memecahkan sejumlah botol arak di depan bangunan SUK tahun lalu, lapor Sinar Harian.

Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin menjatuhkan hukuman itu selepas Jamal,48, menukar pengakuannya kepada bersalah pada sebutan kali ketiga kes itu hari ini.

(Video dari Sinar Harian)

Jamal dilihat berkepala botak sambil tesengih, memakai baju biru dengan blazer hitam berkata pada orang ramai ketika dibawa keluar dari perkarangan mahkamah:

“Minta maaf semua! Terima kasih!”  -Jamal Pak Tongkol-

Beberapa penyokong Jamal turut melaungkan “Hidup Datuk Jamal!”

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Amira Haziqah Zulkifli memohon denda maksimum bagi memberi pengajaran kepadanya dan umum.

Pada 25 Mei lalu, Jamal,48, didakwa memecahkan sejumlah botol arak menggunakan penukul besi sehingga sehingga mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam.

22255005_2034482613463216_7797559740503980726_o.jpg
Gambar dari facebook.

Ketua Umno Sungai Besar itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan hadapan pintu pagar keluar Pos (1) Bangunan SUK Darul Ehsan jam 10.15 pagi 5 Oktober 2017.  -TTKM.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.