Tidak mahu diganggu, Rafizi Ramli mahu tukar no. telefon.

Pandan, 11 Julai: Naib Presiden Parti Kerusi Rosak  Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli atau lebih dikenali sebagai Lapuiji, bercadang untuk menukar nombor telefonnya kerana sering diganggu selepas PRU 14. Beliau dihubungi untuk menjadi perantara berjumpa dengan timbalan perdana menteri, menurut kicauan beliau di twitter.

Rafizi Ramli turut  berkata sebelum PRU 14 dulu , nombor telefon beliau diedarkan sebagai nombor yang menawarkan khidmat seks yang meminta Lapuiji menunjukkan badannya untuk diusha terlebih dahulu. Lapuiji kemudian membalas mesej tersebut dengan menunjukkan gambar perut boroi beliau.

boroi.jpg

Rafizi turut memuatkan transkrip perbualan telefon yang meminta beliau menjadi perantara tersebut. Nama pemanggil itu adalah *tut tut* berasal dari *tut tut”:

A: Hello, Saya *tut tut* dari *tut tut”. Saya mahu bertemu dengan TPM kamu, Dr Wan Azizah. 

Lapuji : Salah nombor.

A: Tetapi anda adalah Rafizi dari PKR bukan?

Lapuiji : Ya. Tetapi saya tiada kaitan dengan pejabat beliau atau kerajaan. Anda harus gunakan saluran yang betul. 

Rafizi Ramli mengetuai Invoke yang menurut beliau membantu kemenangan Pakatan Harapan pada PRU ke 14 lepas. Beliau tidak bertanding dalam pilihanraya tersebut kerana disabitkan kesalahan atas akta rahsia rasmi (OSA).

Kebelakangan ini, beliau kerap meroyan di twitter kerana dikatakan menerima layanan seperti habis madu sepah dibuang selepas PRU 14. Tidak cukup dengan itu, beliau dikritik pula  penyokong sendiri kerana bersuara menentang kerajaan Pakatan Harapan.

Lapuiji sebelum ini  mengkritik Tun Dr Mahathir sebagai seorang yang mempunyai rekod lidah bercabang. -TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.