(Video) 50 orang turun solidariti utk Fadiah, aktivis kritik monarki.

Brickfield, 11 Julai : Lebih kurang 50 orang turun bersolidariti menyatakan sokongan terhadap Fadiah Nadwa Fikri, aktivis Bersih dan Malaysia Muda yang disiasat atas Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen  233 Akta SKMM 1998 berhubung artikel beliau yang didakwa  menggesa sistem beraja dimansuhkan.

Artikel beliau itu boleh dibaca di sini

This slideshow requires JavaScript.

Antara yang kelihatan adalah Sevan Doraisamy, pengarah sksekutif Suaram, Arul dan Sook Hwa, AJK pusat PSM, Cyntia Gabriel dari C4, Fahmi Reza dan Maryam Lee.

Mereka menyanyikan lagu “Suara Rakyat” dan melaungkan “Mansuh Akta Hasutan” , “Hidup Rakyat” dan “Sampai bila?”

Fad dilaporkan berkata, beliau tetap dengan pendiriannya malah mempersoalkan hak bersuara beliau dirampas.

“Kata negara demokrasi tetapi pihak berkuasa kebal tidak boleh terima kritikan dan rampas hak bersuara…kalau kita tak suara bila lagi?” – Fadiah Nadwa Fikri

Fad ditemani oleh peguam beliau peguam Ragunath Kesavan, Farhana Halim dan Quratul Ain dan masuk ke dalam ibu pejabat polis pada  4.00 petang tadi untuk disoal siasat.

Ini bukan pertama kali akta yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan akan dimansuhkan, digunakan terhadap aktivis sejak kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 lepas. Sebelum ini, laporan polis juga dibuat terhadap Kadir Jasin dan aktivis Hishamudin Rais atau lebih dikenali dengan Tukar Tiub Bocor kerana menyiarkan artikel mengkritik dan menghina monarki. Walau bagaimanapun, Hishamudin menafikan perkara tersebut malah mendakwa portal beliau telah digodam.

Janji no 12 dalam buku manifesto Pakatan Harapan muka surat 77 dengan jelas menyatakan akan menghapuskan akta hasutan dan peruntukan zalim pada akta SKMM:

“Kerajaan Pakatan Harapan akan memansuhkan
undang-undang berikut:
• Akta Hasutan 1948
• Akta Pencegahan Jenayah 1959
• Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
• Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
• Akta Majlis Keselamatan Negara 2016
• Hukuman gantung mandatori dalam semua
akta
Kerajaan Pakatan Harapan juga akan memansuhkan
peruntukan-peruntukan yang zalim dalam akta-akta
berikut:
• Kanun Keseksaan 1997 terutama dalam
isu perhimpunan aman dan kegiatan
memudaratkan demokrasi
• Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Penyokong kerajaan meminta rakyat bersabar dalam usaha kerajaan menghapuskan akta-akta tersebut, dan menggesa diberikan masa sekurang-kurangnya 9 bulan 10 hari, dengan mengatakan “Takkan kahwin hari ini, esok sudah beranak?”  -TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.