Sun. May 26th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“GST sifar, tapi 30% kedai mamak naikkan harga!” – Menteri . “Kita dah kata!”- Najib

2 min read
PUTRAJAYA, 12 Julai — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati 30 peratus restoran mamak di seluruh negara menaikkan harga makanan selepas penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar 1 Jun lalu, menurut laporan Bernama.

Menterinya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata peratusan tersebut diperolehi hasil tinjauan kementerian melalui perbandingan harga makanan di premis terbabit sebelum dan selepas pelaksanaan GST sifar itu.

“Kami dapati harga makanan di 30 peratus kedai mamak telah berlaku kenaikan harga manakala 70 peratus yang lainnya menyaksikan penurunan. Oleh itu kami kini giat mengenal pasti restoran yang masih degil untuk tidak menurunkan harga makanan,” – Saifuddin Nasution

Saifuddin juga berkata harga barangan dilihat kekal kerana penurunan harga hanya bermula dari 0.04 hingga 13 peratus dan melibatkan 70 peratus daripada 417 barangan basah, kering, keperluan bayi dan lain-lain.

“Sebenarnya kenaikan tidak berlaku tetapi jumlah penurunan harga barangan itu sangat kecil, ia tidak mencapai 30 hingga 40 peratus.Apabila kita semak aduan, terdapat dua kategori yang paling besar iaitu harga tidak berubah dan harga meningkat… daripada 10 aduan yang diterima lima daripadanya berkaitan makanan dan minuman di restoran, kedai makan serta medan selera” – Saifuddin Nasution

Sementara itu, Najib Razak di akaun facebook beliau melahirkan rasa terkejut mengenai perkembangan ini

“Terkejut saya pagi ini apabila membaca kenyataan Menteri Pakatan Harapan yang mengakui GST bukan sebab utama harga barang naik biarpun itulah modal dan tohmahan digunakan terhadap kerajaan sebelum pilihanraya. Pada masa itu, PH tidak menerima jawapan kita malah mempersendakannya. Kini, Pakatan Harapan terpaksa menelan hakikat disebalik tuduhan mereka sendiri.” – Najib Razak.

“Oleh kerana harga barang tidak turun selepas GST disifarkan, saya bimbang apabila cukai SST diperkenalkan dan diperluaskan pada September nanti, harga barang akan naik lebih tinggi berbanding sebelum GST disifarkan. Inilah bahaya apabila sistem cukai diubah sesuka hati dan BN pernah memberi amaran sebelum PRU14 mengenai ini.” – Najib Razak.

 

Sebelum ini, mantan timbalan menteri kewangan, Ahmad Maslan mendakwa harga barang akan turun dengan pengenalan GST. Kenyataan ini menjadi bahan jenaka netizen kerana mereka mendapati harga barangan menjadi semakin tinggi apabila GST diperkenalkan.

hqdefault.jpg

 

GST kini berkadar sifar bermula 1 Jun lepas, tetapi harga barang kebanyakannya tidak berubah dan berlaku juga peningkatan harga barang, lalu menyebabkan kemarahan rakyat.

“Apa ni woi, GST sifar tapi harga naik apa cerita?” tanya seorang lelaki apabila ditemui TTKM di pasaraya.

Walau bagaimanapun, penyokong kerajaan tetap bersyukur dengan keadaan sekarang dimana berlaku pengurangan harga tomato dan juga penurunan had laju di jalanraya.

Tambah mereka lagi “takkan kahwin hari ini, esok dah beranak?”

Dalam pada itu, TTKM telah menaikkan satu countdown untuk menanti bila PH akan beranak, yang akan bersalin 221 hari lagi. -TTKM-

countdown.PNG

1 thought on ““GST sifar, tapi 30% kedai mamak naikkan harga!” – Menteri . “Kita dah kata!”- Najib

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: