(Video) Tommy beri ucapan dalam bahasa melayu, baca teks.

Putrajaya, 12 Julai: Seorang pengguna facebook Shamsul Sulaiman menaikkan hantaran video Thomas membacakan teks  ucapan dalam bahasa Melayu pada majlis Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (JALSOA) di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya hari ini.

Video itu telah dikongsikan sebanyak 353 kali setakat jam 5:50 petang tadi dan ramai memberikan komen menyokong usaha Thomas bercakap dalam bahasa Melayu.

Walaubagaimanapun,  pengkritik mengatakan ini membuktikan bahawa Tommy tidak dapat melakukan sidang media dalam bahasa melayu tempoh hari kerana tiada teks disediakan pada ketika itu.

Thomas sebelum ini berjanji akan memperbaiki penguasaan bahasa kebangsaan yang diabaikan beliau sepanjang 42 tahun perkhidmatan sebagai peguam korporat. -TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.