“Walaupun tua, Tun ibarat Yoda!” – Maszlee

Kuala Lumpur, 12 Julai : Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah diibaratkan seperti watak fiksyen Star Wars, Yoda, seorang Jedi Master,  dakwa Dr Maszlee Malik, lapor Malaysiakini.

Menteri Pelajaran, Maszlee Malik berkata, lazimnya mereka yang pada usia sebegitu lanjut berada di “tanah perkuburan, atau di hospital, atau di rumah.”

“Tetapi tidak, YAB PM telah tunjuk kepada kita semangat pahlawan Jedi, semangat Yoda.Walaupun telah berusia lanjut, (beliau) tetap pergi ke pejabat dan balik lebih lewat dari kita. Sepatutnya di usia yang lanjut (beliau) kena rehat,” Dr Maszlee

Yoda merupakan watak fiksyen dalam francais filem Star Wars yang dicipta George Lucas, dan hidup hingga umur 900 tahun. Beliau melatih jedi supaya menjaga keamanan galaksi dan menentang dark force yang diketuai sith Lord Sidious. 

0094e22eac8e644a58d7dcbf9f74afe5.png
Gambar Yoda dari Internet

Ini bertentangan pula pada zaman reformasi 1998 dulu, kerana ketika itu Tun Mahathir disamakan dengan watak  Sith, Lord Sidious.  

This slideshow requires JavaScript.

Pengkritik menasihatkan Dr Maszlee supaya berpada-pada bila menjilat pemimpin, malah mereka menuntut janji bilakah tol Simpang Renggam akan dihapuskan seperti yang dijanjikan Dr Maszlee di facebook beliau ketika kempen PRU 14 dulu.

 

IMG_20180526_225209.jpg
Poster dari facebok Dr Maszlee, tetapi kini telah dipadamkan.

Mahathir menyambut harijadi beliau yang ke 93 pada Selasa lalu, dan kini beliau memegang rekod sebagai ketua kerajaan paling tua di dunia. Ini membuktikan slogan beliau sebelum ini iaitu Malaysia Boleh! -TTKM-

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.