“Yang pertikai Richard, mereka bukan peguam!” – Syahredzan, SetPol LKS.

Kuala Lumpur :  Syahredzan Johan, Setiausaha politik Lim Kit Siang yang menurut beliau satu jawatan tidak bergaji,  menyelar sesetengah pihak yang mempertikaikan  perlantikan YAA TS Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara.

Syahredzan yang juga merupakan seorang peguam menaikkan hantaran di facebook beliau berkata   orang-orang yang mempertikaikan perlantikan ini sebenarnya bukan peguam atau  tahu tentang sistem kehakiman .

Malah, tambah beliau, bekas hakim besar Sabah dan Sarawak itu juga adalah hakim paling kanan di negara ini.

“Bagi saya orang-orang (yang mempertikankan perlantikan) ini sebenarnya bukan peguam atau  tahu tentang sistem kehakiman pun. YAA TS Richard adalah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, seorang ‘office bearer’ kehakiman dan yang paling senior di kalangan hakim-hakim yang ada.” -Syahredzan

Merujuk kepada kes Lina Joy,  Syahredzan berkata Richard cuma hakim yang tidak bersetuju (dissenting judge) dalam keputusan kes tersebut, dan bukannya majoriti.

“Mereka yang mempertikaikan lantikan YAA TS Richard membangkitkan keputusan-keputusannya dalam kes-kes terdahulu seperti Lina Joy. Kononnya dengan YAA TS Richard sebagai Ketua Hakim, jika ada kes-kes seperti ini ia akan ‘tidak berpihak kepada Islam’ (whatever that means). Bagi saya, mereka ini lupa atau buat-buat lupa bahawa keputusan di Mahkamah Persekutuan tidak dibuat oleh seorang Hakim sahaja. Dalam kes-kes yang disebut itu pun YAA TS Richard adalah ‘dissenting judge’ dan bukan majoriti.” -Syahredzan

Tambah Syahredzan yang bekerja secara percuma sebagai setiausaha politik Lim Kit Siang itu lagi, Richard  adalah seorang bumiputera dan graduan UiTM.

“Ketua Hakim dari Borneo yang pertama, seorang bumiputera dan graduan UiTM, tetapi masih tidak cukup untuk mereka ini sebab apa? Maka mereka hiasi dengan macam-macam alasan yang sebenarnya tidak boleh dipertahankan langsung”. –Syahredzan

Beliau juga berkata jika pengkritik Richard Malanjun hadam perlembagaan, mereka akan tahu ketua hakim negara baru itu paling lama sampai April 2019 sahaja.

Umur persaraan bagi para hakim ialah 66 tahun. Mengikut perlembagaan, seseorang hakim mesti bersara wajib apabila berusia 66 tahun dimana Richard yang kini berusia 65 tahun hanya akan  berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara  kurang setahun. -TTKM-

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.