“Jangan makan, tu daging babi!”- Wartawan terkejut dihidang babi.

MELAKA: Sikap tidak sensitif penganjur Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia di Sekolah Pay Fong, di sini, malam tadi menyebabkan beberapa wartawan beragama Islam dan Hindu hampir termakan daging babi, lapor Berita Harian.

Lebih mengecewakan, tiada seorang pun wakil pihak penganjur memaklumkan jenis hidangan di atas meja itu, sebelum wartawan beragama Islam yang hadir membuat liputan duduk semeja bersama wartawan bukan Islam.

Wartawan Utusan Malaysia , Fadzly Izab, pula berkata beliau sangat terkejut, malah menyifatkan penganjur tidak beradab apabila menghidangkan menu babi di mejanya ketika sedang membuat liputan.

“Saya sudah syak dari awal hidangan menu pada majlis itu tidak halal sehingga pelayan menghidangkan menu daging babi di atas meja wakil media. Jadi, ini bermakna semua hidangan yang dihidangkan sudah pasti diyakini tidak halal kerana disediakan oleh tukang masak dan dapur sama. Perkara ini sangat sensitif dan boleh mengundang kemarahan individu yang beragama Islam, termasuk juga daripada agama lain,”   Fadzly Izab

Sementara itu, wartawan beragama Hindu dari Tamil Nesan, A Kaviarasan, turut tidak bersetuju dengan tindakan penganjur menghidangkan menu berkenaan dan menganggap ia keterlaluan.

“Walaupun bukan beragama Islam, agama Hindu juga tidak membenarkan penganutnya makan babi. Saya kecewa kerana mereka langsung tidak sensitif mengenai perkara ini.Tetamu yang hadir juga bukannya dari satu bangsa saja, mereka (penganjur) perlu peka dengan semua perkara ini,” -A Kaviarasan-

Difahamkan, majlis terbabit dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin selain beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan tetamu kehormat.

Sementara itu, Yang Dipertua Kelab Media Massa Melaka (KEMM), Samat Majid, sudah memanjangkan isu berkenaan kepada pihak kerajaan negeri dan penganjur supaya membuat permohonan maaf secara terbuka bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

“Kita kesal perkara seperti ini boleh berlaku disebabkan sikap tidak sensitif penganjur terhadap kumpulan wartawan beragama Islam yang membuat liputan,” – Samat Majid

Dalam perkembangan terkini, TTKM mendapati penganjur sudah dilaporkan memohon maaf, menurut Harian Metro.

PERSATUAN Perlindungan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (APDAM) akan menghantar surat permohonan maaf kepada kerajaan negeri melalui Ketua Menteri, Adly Zahari, minggu depan, berhubung kejadian babi dihidangkan di meja wakil media.

Setiausaha Agung APDAM, Chai Siong Siew, berkata pihaknya bertanggungjawab sebagai penganjur Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia di Sekolah Pay Fong, Melaka, malam tadi.

 Ingat Media Cina sahaja yang datang.

Beliau berkata, kejadian berlaku disebabkan salah faham antara kedua-dua pihak membabitkan penganjur dan wakil media berikutan tiada komunikasi berlaku ketika liputan.

 “Sebenarnya, kita ada menjemput media melalui surat jemputan, namun hanya tiga agensi akhbar berbahasa Cina yang memberi maklum balas. Jadi, kita hanya sediakan menu babi di meja media. Tidak sangka pada malam kejadian ramai wartawan beragama Islam dan Hindu hadir. Saya tidak menyedari (kehadiran) mereka kerana berucap di pentas,” Chai Siong Siew

Beliau berkata, pihaknya memang akan membawa wartawan beragama Islam dan Hindu ke meja yang menghidangkan makanan halal jika mengetahui kehadiran mereka kerana sudah menyediakan lima meja VIP bersama hidangan halal itu. -TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.